Monday, September 29, 2008

Selamat Hari Raya Eidul Fitri

Untuk semua Ikhwan YSNS.

Saturday, September 27, 2008

BARU : Pintu-Pintu Pelepasan Bab 2

Karangan Al-Muhaddith Dr. Sayyid Muhammad ibn 'Alawi al Maliki al Hasani r.a. Sila dapatakan daripada En. Amran Ismail.

Friday, September 26, 2008

MAJLIS TAKRIM HUFFAZ AL QURAN

Tarikh : 26 September 2008 ( Juma’at) / 26 Ramadhan 1429H
Masa : Bermula 5.00 petang
Tempat : Kompleks Yayasan Sofa

(Sila layari http://yayasansofa.blogsome.com/ untuk keterangan lanjut)

Saturday, September 13, 2008

Koleksi Foto Pilihan

Friday, September 12, 2008

Abuya Dalam Kenangan


As-Sayyid Muhammad bin Alawi bin Abbas Al-Maliki Al-Hasani

As-Sayyid Muhammad bin Alawi Al-Maliki adalah salah seorang ulamak Islam yang terutama desawarsa ini tanpa ragu lagi, ulamak yang paling dihormati dan dicintai di kota suci Makkah.
Beliau merupakan keturunan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, penghulu Ahlil Bait, Imam Hadis di zaman kita, pemimpin keempat-empat mazhab, ketua rohani yang paling berkaliber, pendakwah ke jalan Allah, seorang yang tidak goyah dengan pegangannya di dunia ilmiah Islam turath. Menziarahi beliau merupakan suatu kemestian kepada para ulamak yang menziarahi Makkah.

Keturunan Sayyid merupakan keturunan mulia yang bersambung secara langsung dengan Junjungan kita Muhammad Sallahu ‘Alaihi Wasallam sendiri. Beliau merupakan waris keluarga Al-Maliki Al-Hasani di Makkah yang masyhur yang merupakan keturunan Rasulullah Sallahu ‘Alaihi Wasallam, melalui cucu Baginda, Imam Al-Hasan bin Ali, Radhiyallahu ‘Anhum.

Oleh muridnya: Fakhruddin Owaisi Al-Madani
Terjemahan : Syed Abdul Kadir Aljoofre

http://yayasansofa.com/y/index.php?as-sayyid-muhammad-bin-alawi-bin-abbas-al-maliki-al-hasani,55

Thursday, September 11, 2008

Hadith Pilihan

Daripada kitab "Melenyapkan Kesusahan Dengan Kasih Sayang dan Amal Kebaikan" karangan Al-Muhaddith Dr. Sayyid Muhammad ibn Alawi al Maliki al Hasani.

Monday, September 8, 2008

KUPON SEDEKAH JARIAH


Untuk Makluman Ikhwan, YSNS telah mengeluarkan kupon bernilai RM2, RM5 & RM10 bagi mengisi dana pembangunan Yayasan. Sila hubungi En. Amran Ismail ditalian 019-3795577 untuk mendapatkannya. Sila hebahkan.

YsofaKL YsofaKL YsofaKL YsofaKL YsofaKL YsofaKL YsofaKL YsofaKL YsofaKL
YsofaKL YsofaKL YsofaKL YsofaKL YsofaKL YsofaKL YsofaKL YsofaKL YsofaKL
YsofaKL YsofaKL YsofaKL YsofaKL YsofaKL YsofaKL YsofaKL YsofaKL YsofaKL
YsofaKL YsofaKL YsofaKL YsofaKL YsofaKL YsofaKL YsofaKL YsofaKL YsofaKL

Yayasan Sofa KL Yayasan Sofa KL Yayasan Sofa KL Yayasan Sofa KL Yayasan Sofa KL Yayasan Sofa KL Yayasan Sofa KL Yayasan Sofa KL Yayasan Sofa KL Yayasan Sofa KL Yayasan Sofa KL Yayasan Sofa KL Yayasan Sofa KL Yayasan Sofa KL Yayasan Sofa KL Yayasan Sofa KL Yayasan Sofa KL Yayasan Sofa KL

Monday, September 1, 2008

Kelebihan RAMADHAN

Rasulullah s.a.w bersabda: "Dikurniakan kepada umatku pada bulan Ramadhan, lima perkara yang tidak dikurniakan kepada seorang nabi pun sebelumku. Pertama, apabila awal malam bulan Ramadhan, Allah memandang kepada mereka. Sesiapa yang Allah memandang kepadanya, maka dia tidak akan diazab selama-lamanya. Kedua, bau mulut orang yang berpuasa, ketika petang lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi. Ketiga, para malaikat mengucapkan istighfar bagi mereka pada setiap hari dan malam Ramadhan. Keempat, Allah memerintahkan syurgaNya dengan firmanNya, "Bersiap sedia dan berhiaslah untuk hamba-hambaKu. Hampir-hampirlah mereka akan berehat daripada kepenatan dunia dan berpindah ke negeri dan kemuliaanKu. Kelima, apabila akhir malam Ramadhan, diampunkan bagi mereka semua." Bertanya seorang lelaki dari satu kaum, "Adakah ia lailatul Qadar? Sabda Baginda s.a.w, "Tidak. Adakah kamu tidak pernah melihat pekerja yang melakukan suatu pekerjaan. Apabila mereka selesai daripada pekerjaan mereka, maka disempurnakan ganjaran mereka."

Hadith riwayat al Baihaqi.

Jadual Pengajian