Monday, November 10, 2008

Jom Korban Jang !!!

KEUTAMAAN KORBAN

1. Allah Berfirman:

“Dan telah Kami jadikan untuk kamu unta-unta (binatang ternak) itu sebahagian dari syiar Allah. Kamu memperolehi kebaikan yang banyak padanya, maka sebutlah oleh mu nama Allah ketika menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan tidak terikat). Kemudian apabila telah tumbang (mati), maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami telah menundukkan unta-unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur”.
(Surah Al-Hajj: 36)

2. Allah berfirman :

“Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berqurbanlah”.
(Surah Al-Khauthar: 2)

3. Hadith Nabi S.A.W

“Barangsiapa yang memiliki kemampuan (untuk membeli haiwan qurban), lalu tidak melakukannya (tidak berqurban), maka janganlah mendekati tempat solatKu”. (Hadis Riwayat Ahmad).

Sunday, November 2, 2008

Ibadat KORBAN 2008

Harga satu bahagian ialah RM350.00. Bayaran boleh dibuat selewat-lewatnya pada 1 Disember 2008