Friday, May 29, 2009

Pelan Lokasi PUSAT HAFAZAN AL JAZARI

Sila hubungi Encik Maznor (019-6623826) atau Encik Jalil (013-3302143) untuk Keterangan Lanjut.

PENGAJIAN TAFAQQUH Pusat Hafazan Al Jazari


Thursday, May 28, 2009

Program Cuti Sekolah : KURSUS BESTARI SOLAT

Yayasan Sofa akan menganjurkan suatu kursus Bestari Solat pada musim cuti sesi persekolahan akan datang, bulan Jun 2009 ini. Kursus ini akan diadakan mengikut 2 kategori iaitu bagi kanak-kanak dan remaja/dewasa.

Kategori Kanak-kanak ( umur sehingga 12@13 tahun )
4 Jun 2009, hari Khamis 8.30 pagi hingga 5.00 petang.

Kategori Remaja/Dewasa ( umur dari 13@14 tahun … )
20 Jun 2009, hari Sabtu 8.30 pagi hingga 5.00 petang.

Sila layari blog YSNS untuk maklumat lanjut.

Monday, May 25, 2009

Contohi Hikmah Rasulullah Sebar Risalah Islam

Utusan Malaysia, MEGA 25 Mei 2009
Oleh Panel Penyelidikan, Yayasan Sofa, Negeri Sembilan
Di kesempatan yang lepas, ruangan ini ada menyentuh peri-pentingnya ciri-ciri utama manhaj Nabawi dihargai dan dihayati demi kecemerlangan misi dakwah. Di antara ciri utama manhaj ini ialah cahaya rahmat dan kasih-sayang yang menyelubunginya dari segenap sudut.

Islam sejak kelahirannya tidak boleh dipisahkan dengan unsur rahmat, cinta dan kasih. Unsur-unsur ini merupakan roh yang mewarnai Islam bersesuaian dengan mesej Islam yang menobatkan kesejahteraan selari dengan pengertian namanya.

Risalah Islam terbina atas paduan rasa kasih dan cinta kepada Allah SWT dan Rasul SAW serta memberi dan menghulur kasih kepada sesama manusia, haiwan bahkan alam persekitaran.
Unsur kasih, cinta dan rahmat harus digabungkan dalam diri setiap Muslim kerana ia adalah asas kekuatan dalaman dan roh Islam itu sendiri. Bersifat belas ihsan, kasih mengasihi dan membawa mesej kerahmatan kepada insan sejagat adalah satu tuntutan utama dalam hidup beragama.

Demikianlah yang harus dipupuk semenjak kecil lagi dalam diri setiap individu Muslim tidak mengira status, jantina dan peranan mereka dalam masyarakat. Mereka yang bergerak di gelanggang dakwah dan memikul imej Islam terlebih utama mesti menjiwai roh rahmat dan mahabbah (kasih sayang) kerana itulah piawai yang ditetapkan oleh Rasulullah SAW.

Read more : Contohi Hikmah Rasulullah Sebar Risalah Islam

Tuesday, May 19, 2009

Sumbangan bagi Pembangunan YSNS

YAYASAN SOFA NEGERI SEMBILAN

Yayasan Sofa Negeri Sembilan telah ditubuhkan pada 17 Februari 2004 yang bertujuan menjadi nadi kepada aspek pembangunan modal insan, sama ada yang berkaitan pemeliharaan anak yatim sehinggalah kepada pendidikan ilmu Islam dan pembangunan persekitarannya.

Yayasan Sofa Negeri Sembilan juga menjadi pusat kaji selidik ilmu dalam pelbagai genre Islam dan pada masa yang sama juga mewujudkan Madrasah, Pusat Tahfiz dan Asrama Anak Yatim dalam usaha memantapkan ketrampilan manusia ke arah yang lebih sempurna bagi menghadapi dunia yang begitu mencabar ini.

Bagi membantu mencapai hasrat tersebut sumbangan pihak-pihak yang perihatin amat diperlukan. Sumbangan anda boleh dibuat menerusi akaun berikut :

1443-0000025-10-8
(CIMB Islamic Bank Berhad-Caw. Gleneagle, KL) diatas nama
Yayasan Sofa Negeri Sembilan

Sumbangan ini adalah dikecualikan cukai (Sub Section 44(6) Income Tax Act 1967 Ref. LHDN. 01/35/42/51/179 6.5804) Date of Authority : 15th April 2007

Monday, May 18, 2009

Utusan Malaysia : Menghayati Manhaj Nabawi

Oleh Panel Penyelidikan YSNS

“Dengan latar tersebut, ruangan baru ini berhasrat untuk turut menyumbang kepada menekankan semula manhaj Nabawi dalam penghayatan agama seperti yang diwarisi oleh generasl demi generasi para ulama muktabar umat ini.

Di antara ciri utama pendekatan ini adalah keseimbangan sendi-sendi iman Islam dan ihsan dalam kehidupan beragama. Menyedari bahawa dimensi ihsan atau tasauf sering kurang mendapat penekanan yang wajar, ruangan ini akan turut banyak menceduk dari kitab-kitab tasauf muktabar terutama kitab Al-Hikam oleh Ibnu 'Atoillah al-Sakandari r.a. “

Utusan Malaysia; MEGA, Relung Cahaya, Isnin 18 Mei 2009.

Sunday, May 10, 2009

Saturday, May 2, 2009

Jadual Pengajian Mei 2009



Jadual Pengajian adalah tertakluk kepada pindaan.