Tuesday, September 28, 2010

Pendaftaran Pelajar Baru STIAS 2011

Wasitoh yang benar

Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN
Utusan Malaysia, 28 September 2010

Seandainya ada umat Islam yang berniat menyembah Kaabah dan Hajar al-aswad, sudah pasti mereka menjadi orang yang mensyirikkan Allah seperti para penyembah berhala.

Tidak dapat tidak, wasitoh itu perlu dalam ibadat dan ia tidak termasuk dalam perbuatan syirik. Tidaklah setiap orang yang menggunakan wasitoh di antara dia dan Allah menjadi musyrik.

Jika setiap orang yang menggunakan wasitoh dianggap musyrik, pasti seluruh manusia akan menjadi musyrik, kerana segala urusan umat Islam itu terbina di atas jalan wasitoh.


Artikel Penuh

Tuesday, September 21, 2010

Wasitoh berunsur syirik

Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN
Utusan Malaysia, 21 September 2010

Ramai orang salah faham dalam memahami maksud sebenar wasitoh.

Mereka menjatuhkan hukum secara sembarangan bahawa semua wasitoh itu membawa kesyirikan dan sesiapa yang menggunakan wasitoh dengan apa jua cara sekalipun, maka dia telah melakukan kesyirikan terhadap Allah.

Mereka meletakkan kedudukan orang yang berwasitoh sama seperti kaum musyrikin yang mengatakan: Kami tidak menyembah atau memujanya (berhala) melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah dengan sedamping-dampingnya. (al-Zumar: 3)

Inilah ayat yang sering digunakan oleh para penentang terhadap wasitoh dan konsep yang seumpamanya seperti tawassul (mengambil wasilah) dan tasyaffu' (memohon syafaat).

Artikel Penuh

Wednesday, September 15, 2010

Aidilftri memperkasa wahdatul ummah

Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN
Utusan Malaysia, 14 September 2010

Kita meniti Ramadan dengan hati yang penuh kegersangan dan kekaratan. Maka lahirlah amalan-amalan yang pada zahirnya nampak indah dan cantik tetapi pada hakikatnya menambah jauh hubungan kita dengan Tuhan Rabbul 'Izzah kerana gersang dari ketulusan kepada Allah.

Tanpa sedar, kita beramal dalam keadaan tertipu dengan merasakan amalan yang kita lakukan diterima oleh Allah. Kita berlumba-lumba mengadakan majlis berbuka puasa yang sepatutnya menambah erat silaturrahim sesama umat Islam tetapi sebaliknya menambah keserakahan hati dan permusuhan di kalangan umat Islam.

Artikel Penuh

Tuesday, September 14, 2010

Memuliakan 100 huffaz (Ihtifal Takrim Huffaz Al Quran 1431H)

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR
khadijah.mohamadnor@kosmo.com.my

Menyedari kepentingan golongan huffaz Quran itu, Yayasan Sofa Negeri Sembilan (YSNS) terpanggil untuk menyahut saranan itu yang merupakan amalan para ulama terdahulu.

Justeru, sejak tahun 2008, YSNS mewujudkan Program Ihtifal Takrim Huffaz al-Quran (Takrim al-Huffaz) yang dicetuskan oleh Penasihat YSNS, Sheikh Muhammad Fuad Kamaludin al-Maliki.

YSNS mengumpulkan 100 huffaz untuk menerima sumbangan wang tunai dan kitab di Chengkau, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Menurut Sheikh Muhammad Fuad, 36, objektif penganjuran Takrim al-Huffaz itu bertujuan untuk memuliakan penghafaz al-Quran dan mengajak umat Islam meletakkan mereka di tempat yang tinggi dalam masyarakat.

Di samping itu, ia menjadi pendorong kepada para pelajar dan huffaz supaya lebih bersungguh-sungguh menghafaz dan menjaga hafalan mereka.

“Melalui program Takrim al-Huffaz ini, YSNS sentiasa memberi pengiktirafan kepada para penghafal al-Quran dengan niat untuk membesarkan keagungan Allah kerana mereka merupakan syiar agama Islam.

“Malah, kami berharap golongan ini akan mengambil peranan sebagai pemegang amanah Allah sekali gus mampu menjadi penggerak kepada tajdid umat Islam yang berlandaskan acuan Ahli Sunnah Wal Jamaah,” kata beliau ketika ditemui pada majlis Takrim al-Huffaz di Kompleks YSNS, Chengkau, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Artikel KOSMO

Tuesday, September 7, 2010

Bagaimana sahabat mengagungkan Nabi

Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN
Utusan Malaysia, 7 September 2010

".... hari ini ada segelintir golongan yang mempertikaikan perbuatan menta'zhim orang yang memang patut dimuliakan termasuklah junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW.

Ada yang menyalahkan perbuatan memakaikan gelaran Saiduna kepada baginda SAW, meremehkan perbuatan memuliakan keturunan baginda SAW mahupun para ulama pewaris hakiki baginda, sambutan maulid dan seumpamanya.

Sedangkan tiada siapa yang mengingkari bahawa jika ada di kalangan makhluk Allah SWT yang paling patut diagungkan dan disanjung maka Nabilah makhluk tersebut."


Artikel Penuh

Wednesday, September 1, 2010

Usah campur aduk ta'zhim, penyembahan

Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN
Utusan Malaysia, 31 Ogos 2010

Menjauhi permusuhan dan perpecahan sesama Islam adalah ibadah dan kewajipan yang utama. Ia harus direbut oleh setiap umat Islam tanpa mengira bulan, zaman atau tempat.

Dalam siri kali ini, sesudah menyentuh beberapa premis asas yang menjadi sebab salah-faham dalam memahami bahasa wahyu, pengarang terjun langsung menangani salah satu isu utama yang boleh menjadi punca pertikaian iaitu beza antara perbuatan ta'zhim (mengagungkan) dan menyembah.

Ramai salah faham tentang hakikat ta'zhim (mengagungkan atau membesarkan) dan hakikat ibadah (penyembahan). Mereka dengan jelas telah mencampuradukkan antara kedua-duanya dan menganggap apa jua bentuk ta'zhim adalah suatu penyembahan kepada yang diagungkan.

Artikel Penuh