Untuk makluman semua pengunjung ysofakl.blogspot.com bermula pada 10 Jun 2011 blog ini tidak akan lagi dikemaskini. Sila layari www.yayasansofa.com untuk mendapat maklumat lanjut berkaitan program anjuran Yayasan Sofa dan pelbagai maklumat yang bermanafaat .
Sekian, terima kasih.
Administrator
Friday, June 10, 2011
Tuesday, June 7, 2011
Memohon Kepada Selain Allah SWT
Oleh UNIT PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA NEGERI SEMBILAN
Utusan Malaysia, 7 Jun 2011
Artikel Penuh
Utusan Malaysia, 7 Jun 2011
Menyambung bicara kita tentang Syafa`at, sepotong hadis yang berkaitan dengannya ialah: “Apabila kamu meminta pintalah kepada Allah dan apabila kamu meminta tolong pohonlah kepada Allah.”(sebahagian hadith yang masyhur yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi dan disohihkannya daripada Ibnu Abbas RA secara marfu’)
Masalahnya, ramai umat manusia yang salah faham tentang hadith ini. Mereka memahami hadith ini dengan maksud, tidak boleh meminta dan juga memohon pertolongan secara mutlak walau dengan apa cara dan jalan sekalipun melainkan hanya kepada Allah. Justeru, mereka menganggap memohon dan meminta pertolongan kepada selain Allah adalah perbuatan syirik yang boleh mengeluarkan seseorang itu daripada agama. Fahaman dan anggapan sedemikian, akan menafikan pengambilan atau penggunaan sebab-musabbab dan meminta pertolongan dengan sebab-sebab tersebut serta bercanggah dengan nas-nas yang banyak mengenai perkara ini.
Artikel Penuh
Subscribe to:
Posts (Atom)