Monday, June 29, 2009

Bukti cinta kepada Nabi SAW (Utusan, Mega, Yayasan Sofa)

29 Jun 2009
Oleh Panel Penyelidikan Yayasan Sofa, Negeri Sembilan

Setelah nyata kepada kita kewajipan menyintai dan mengasihi Nabi Muhammad SAW berdasarkan dalil-dalil naqli dan aqli yang jelas, marilah pula kita cuba membincangkan tanda dan bukti kasih dan kecintaan seseorang terhadap baginda . Deklarasi cinta yang tidak disusuli dengan pembuktian amali tentu sahaja masih belum mencukupi untuk membentuk cinta sejati.

Bukti yang paling mudah dilihat, seseorang yang benar-benar mengasihi kekasihnya, akan mengutamakan insan yang dikasihinya daripada dirinya sendiri dan kehendak peribadinya. Jika tidak mencapai tahap ini hubungan tersebut belum layak dinamakan kasih sejati yang ikhlas-murni, tetapi baru sekadar dakwaan semata-mata.

(Gambar Hiasan)

Keutamaan mentaati dan mengutamakan orang yang dikasihi ini jelas dapat dilihat dalam ungkapan seorang pencinta Allah SWT dan NabiNya SAW yang tidak asing lagi, Rabi'ah al Adawiyyah dalam syairnya: "Sesungguhnya seorang kekasih itu akan taat-patuh kepada yang dikasihinya."

Artikel penuh

Saturday, June 27, 2009

TAKZIAH

Alfatihah

Takziah diatas kembalinya ke rahmatullah Ibu Mak Tam (Saudara Tn. Syeikh).

Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan tergolong dikalangan mereka yang mendapat rahmat Allah.

Amin

SEGERA : Wakaf Menaik Taraf Kemudahan Dapur STIAS

SUMBANGAN TUAN-TUAN & PUAN-PUAN DIPERLUKAN BAGI MENAIK TARAF KEMUDAHAN DAPUR SEKOLAH (STIAS) DENGAN KADAR SEGERA.

PIHAK SEKOLAH MENGALU-ALUKAN SUMBANGAN TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN UNTUK MENAMPUNG KOS KERJA-KERJA MENAIK TARAF INI.

KOS MENAIK TARAF DAPUR SEKOLAH INI DIANGGARKAN MENCECAH RM80,000.

STIAS MENAWARKAN WAKAF SEBANYAK 1,560 KAKI PERSEGI (RM50 SEKAKI PERSEGI) RUANG KANTIN UTK MEREKA YANG BERMINAT.

Sila Hubungi pihak Sekolah di talian 06-4450419 atau sumbangan terus boleh dibuat ke akaun SEKOLAH TINGGI ISLAM AS-SOFA (No Akaun BIMB - 0502 1010 025140 )

* Sumbangan ini DIKECUALIKAN CUKAI PENDAPATAN


SURAT BORANG

Monday, June 22, 2009

Kewajipan mencintai Nabi SAW (Utusan - Bicara Agama, Yayasan Sofa) ,

Oleh Panel Penyelidikan Yayasan Sofa, Negeri Sembilan

Berbekalkan keyakinan bahawa manhaj risalah dan dakwah Islamiah yang sebenar adalah berteraskan perasaan cinta dan kasih yang mendalam kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW, ruangan ini pada minggu lepas telah mengimbau mengenai hakikat kasihnya Rasulullah SAW terhadap umatnya dan pengorbanan yang telah Baginda SAW sembahkan sebagai tanda cinta dan kasih kepada umatnya.

Maka wajarlah pada kali ini, jika kita menyambung bicara tentang kewajipan kita pula sebagai Umat Nabi Muhammad SAW membalas kasih Rasulullah SAW terhadap kita serta mencintai Baginda SAW seperti yang selayaknya.

Hakikat bahawa Rasulullah SAW wajib dikasihi dengan sebenar-benarnya sangat jelas di sisi syarak. Ia sebagaimana yang termaktub dalam ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis, yang merupakan sumber agama yang wajib dipatuhi oleh setiap orang yang bergelar Muslim.
Di samping perintah yang terang nyata dalam nas-nas wahyu, akal dan fitrah yang sihat juga sangat kuat mendukung keperluan dan kepentingan kita mencintai dan mengasihi Rasulullah SAW.

Oleh itu, mencintai Nabi SAW adalah suatu yang wajib baik dari sudut naqli (wahyu) mahupun aqli (logik).

Sunday, June 21, 2009

Ihya' Awal Rejab 1430H


Monday, June 15, 2009

Keunggulan Cinta Rasulullah (Utusan, Bicara Agama, Yayasan Sofa)

(15 Jun 2009)
Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA NEGERI SEMBILAN

SYUKUR kepada Allah kerana dengan limpahan anugerah dan kasih sayang-Nya, kita dapat menikmati nikmat Islam, mengecapi manisnya iman dan menghayati indahnya ihsan. Syukur kepada Allah kerana mengutuskan kepada kita seorang Rasul pembawa risalah kerahmatan sehingga kita dapat mengecapi nikmat-nikmat ini hingga ke hari ini.

Tetapi kemanisan dan keistimewaan nikmat dan limpahan ini tidak akan dapat benar-benar kita rasai tanpa menghayati Islam melalui pintu dan manhaj 'Hubb' atau cinta dan kasih-sayang.
Jika dalam kesempatan yang lepas kita mengimbau keagungan cinta Allah yang menjadi asal segala cinta, marilah pula kita membicarakan tentang cinta Rasulullah SAW yang perlu dijadikan bekal dan azimat bagi umat dalam mengharungi kehidupan ini.

Alangkah bertuahnya umat ini kerana dikurniakan seorang Rasul yang memiliki cinta agung yang tulus dan sejati terhadap umatnya. Baginda SAW mengungkapkan cintanya dengan ungkapan-ungkapan cinta yang paling murni dan sejati, termasuklah cinta seorang ayah kepada anaknya, seperti sabdanya, "Sesungguhnya diriku bagi kalian bagaikan seorang ayah bagi anaknya." (riwayat al-Darimi).

Read More

Saturday, June 13, 2009

Melentur jiwa anak-anak

ARKIB Utusan Malaysia : 08/06/2009
Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI, utusanN9@utusan.com.my

REMBAU 7 Jun - Jika sebahagian pelajar menghabiskan cuti persekolahan dengan melepak di pusat beli-belah, duduk di kaki lima kedai atau berseronok di pusat siber, kanak-kanak berusia tujuh hingga 13 tahun ini tidak begitu.

Seramai 80 pelajar berusia dalam lingkungan berkenaan memilih untuk menyertai kursus motivasi solat anjuran Yayasan Sofa Negeri Sembilan (YSNS) di Kompleks YSNS di sini baru-baru ini.

IKLAN : Kufiah Al-Barakah... Dapatkan Segera

JANGAN LEPASKAN PELUANG... DAPATKAN KUFIAH AL-BARAKAH SELAGI STOK MASIH ADA & JIKA BERHASRAT MENJADI AGEN NEGERI/DAERAH (N.SEMBILAN, MELAKA, JOHOR) SILA HUBUNGI : SDR HANAPI 019-6113713 ATAU SDR AZMI 012-3850101

Jadual Pengajian Jun 2009


Tuesday, June 9, 2009

MAGNET CINTA ALLAH (Utusan-Mega, Yayasan Sofa)

Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA NEGERI SEMBILAN

ISLAM adalah agama yang hakiki dan realiti, bukannya agama khayalan atau melawan arus fitrah insan. Oleh yang demikian, Islam tidak menafikan terdapat di sana perkara-perkara yang dikasihi, disukai dan dicintai oleh manusia kerana ia sememangnya merupakan kecenderungan dan fitrah setiap insan.

Maka seorang manusia itu akan mengasihi keluarga, harta dan tempat kediamannya. Namun, tidak sepatutnya terdapat sesuatu di dunia dan akhirat lebih dikasihi daripada kecintaan terhadap Allah dan Rasul. Jika berlaku sedemikian, maka dia adalah orang yang kurang imannya dan wajib dia berusaha untuk menyempurnakan keimanannya. Allah SWT telah berfirman yang bermaksud: Orang-orang yang beriman itu sangat kuat kecintaannya kepada Allah. (al- Baqarah: 165)

JANGAN PUTUS ASA DARI RAHMAT ALLAH (Utusan-Mega, Yayasan Sofa)

OLEH PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN

Dunia hari ini tidaklah keterlaluan jika ia disifatkan sebagai dunia yang liar atau asing. Liar dan asing kerana ia tampak begitu berjaya mengasingkan rasa kasih dan cinta kepada al-Khaliq dari benak hati manusia hingga tidak lagi gemar berjinak-jinak dengan Allah SWT.

Akhirnya, segala bentuk cinta dunia yang bersifat sementara pantas mengambil alih takhta di hati manusia. Sehingga cinta palsu menyumbang kepada segala kejahatan dan kerosakan di muka bumi.

Dalam mengingatkan kita mengenai fenomena ini, Sheikh Abu Madyan r.a ada menyatakan yang bermaksud: "Barang siapa yang sibuk dengan tuntutannya terhadap dunia, nescaya dibalakan dengan kehinaan di dalamnya". (Lata'if al Minan fi Syarh Hikam Abi Madyan).
Maka di antara bentuk kehinaan itu ialah dipalingkan hati dari merasakan dirinya mendapat bahagian cinta dari Allah SWT dan menyebabkan hilangnya rasa baik sangka terhadap-Nya.

Namun, sejauh manapun manusia itu memalingkan hatinya dari mengingati Pencipta-Nya, tetap jua Pencipta itu mencurahkan belas rahmat, ihsan dan kasih-Nya yang tidak berbelah bahagi.
Walaupun pada setiap saat dan waktu hamba-hamba-Nya berterusan melakukan maksiat dan mengingkari suruhan-Nya.