Tuesday, July 14, 2009

Monday, July 13, 2009

Pengajaran Peristiwa Israk dan Mikraj

Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN

PERISTIWA Israk dan Mikraj merupakan perjalanan dan mukjizat agung yang dikurniakan oleh Allah kepada manusia yang paling layak dan teragung, Rasulullah SAW.

Dalam perjalanan tersebut diperlihatkan kepada Baginda SAW pelbagai gambaran dan pemandangan dari alam penuh rahsia yang kesemuanya itu mengandungi pelbagai hikmah dan hakikat yang akhirnya bersangkut paut dengan apa yang berlaku di alam zahir ini dari urusan dan kehidupan para hamba.

Peristiwa Israk dan Mikraj penting untuk dihayati terutamanya manusia zaman kini yang semakin jauh dari dapat menyelami hikmah-hikmah Ilahi. Sesungguhnya Israk dan Mikraj menyimpan pelbagai rahsia dan membongkar pelbagai pengajaran, peringatan dan kelebihan terutamanya kedudukan Rasulullah SAW yang istimewa di sisi-Nya.

Artikel Penuh

Sunday, July 12, 2009

Habib Umar B A Rahman Al Jifri

Tn Habib Umar B A Rahman Al Jifri dari Jeddah/Madinah telah meluangkan masa menziarahi Tn Syeikh Muhammad Fuad di pejabat urusan Yayasan Sofa di Bukit Indah Selangor pada malam 10 Julai 2009. Beliau juga turut memberikan ucapan untuk para ikhwan dan penuntut ilmu.

Tuesday, July 7, 2009

Monday, July 6, 2009

Menghayati Keistimewaan Bulan Rejab

6 Julai 2009
Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN

Dengan izin Allah SWT, kita sudahpun berada di pertengahan bulan Rejab dalam tahun Hijrah 1430 ini. Jika diperhatikan, manusia berbeza-beza dalam menyambut kedatangan bulan Rejab setiap tahun.

Ada yang langsung tidak menyedari datang dan perginya Rejab kerana terlampau sibuk dan kurang peka pula pada perjalanan takwim Islam. Tidak kurang yang menyambut kedatangan Rejab dengan penuh gembira dan bersemangat serta mempertingkatkan amalan di dalamnya.

Ada pula yang menyambutnya dengan terlampau mempermasalahkan dan mempertikaikan keistimewaannya dan kewajaran menambahkan amalan padanya.

Kita merasakan bahawa mereka yang paling beruntung adalah mereka yang memahami dan mengenali Rejab serta menunaikan hak hari-harinya sebagaimana yang selayaknya tanpa melampau atau mencuaikan.

Bagi kebanyakan mereka yang meraikan kedatangan Rejab, bulan ini dirasakan begitu istimewa kerana ia menandakan hampir ketibaan tetamu agung, Ramadan al-Mubarak.

Artikel penuh

Sunday, July 5, 2009