Tuesday, June 8, 2010

Tasauf bercanggah dengan sunnah?

Utusan Malaysia, 8 Jun 2010
Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN

Dasar pengambilan tasauf adalah al-Quran dan sunnah. Ilham-ilham dan ilmu-ilmu yang dibukakan bagi ahli-ahlinya tasauf yang tidak bertentangan dengan al-Quran dan sunnah.

Tidak dinamakan tasauf jika ia menyanggahi perlembagaan terbesar Islam ini. Kelahiran tasauf itu sendiri seiring degan Islam.

Cuma, pada zaman di mana setiap peringkat masyarakat mula menjuruskan pandangan terhadap dunia, wujud golongan yang menyusun tasauf dengan meletakkan istilah-istilah tertentu kepada ilmu ini.


Artikel Penuh

Tuesday, June 1, 2010

Tasauf: Antara syariat, hakikat dan tarekat

Utusan Malaysia, 1 Jun 2010
Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN

Sesiapa yang berpegang dengan syariat, akan melalui tarekat, dan seterusnya akan sampai kepada hakikat. Tidak ada di antaranya pertentangan dan percanggahan.

Oleh kerana inilah, ahli sufi berkata di dalam kaedah mereka yang masyhur: "Setiap hakikat yang bersalahan dengan syariat, maka ia adalah zindiq".

Bagaimana boleh dikatakan hakikat menyanggahi syariat, sedangkan hakikat lahir daripada proses melaksanakan syariat? (Sheikh Abdul Qadir Isa, Haqaiq 'An al-Tasawwuf, H. 475)


Artikel Penuh

Tuesday, May 25, 2010

Kedudukan tasauf dalam Islam

Utusan Malaysia, 25 Mei 2010
Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN

Tasauf sebagai rukun ihsan juga turut diistilahkan oleh para ulama bahawa ialah adalah hakikat agama. Cuma harus diingat, penggunaan istilah hakikat di sini adalah dalam konteks yang khusus dan bukannya dengan erti sesuatu yang berlawanan dengan dakwaan atau gambaran.

Tasauf sebagai hakikat agama difahami sebagai salah satu dimensi dan rukun yang tidak terpisah dengan syariat. Hakikat dan syariat bukannya saling bercanggah sebaliknya berjalan seiringan dan saling memerlukan.

Dalam hal ini, telah masyhur kata-kata Imam Malik r.a: "Sesiapa yang belajar tasauf tetapi tidak mempelajari ilmu fikah (dan tauhid), maka ia adalah zindiq. Sesiapa yang belajar ilmu fikah (dan tauhid) tetapi tidak belajar tasauf maka ia adalah fasik, dan sesiapa yang mengumpulkan kedua-duanya maka ia adalah ahli hakikat".

Artikel Penuh

Tuesday, May 18, 2010

Sejarah perkembangan tasauf

Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA NEGERI SEMBILAN
Utusan Malaysia, 18 Mei 2010

Di kalangan ulama terdapat perselisihan mengenai bila ilmu ini bermula. Ada yang berpandangan ia telah wujud sebelum Nabi SAW dibangkitkan. (Abu Nasr al Siraj, al-Luma' h.42, Ibnu al-Jawzi, Talbis al-Iblis, h.173)

Ibnu Khaldun dan beberapa ulama lain pula berpendapat bahawa tasauf mula tumbuh pada kurun ke-2 Hijrah ketika manusia mula menumpukan perhatian kepada dunia.

Maka golongan sufi berusaha mengajak mereka ke arah zuhud dan beribadat. (Muqaddimah, h. 517)

Dapat diperhatikan bahawa perbincangan tentang tasauf banyak dinaqalkan daripada tokoh-tokohnya yang awal seperti al-Hasan al-Basri r.a (w. 110 H) dan Sufyan al-Thauri r.a (w. 161 H).

Artikel Penuh

Tuesday, May 11, 2010

Definisi Sufi dan Tasauf

Utusan Malaysia, 11 Mei 2010
Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN

"Manusia telah bercanggah pendapat di dalam memberikan makna sufi dan mereka telah berselisih pendapat padanya, mereka menyangka bahawa ia terbit daripada perkataan suf (pakaian bulu kambing);

"Dan aku tidak sekali-kali memberikan nama ini melainkan kepada pemuda yang mensucikan dirinya, maka ia menjadi suci sehingga dinamakan sebagai sufi".

Mereka dinamakan sufi kerana dinisbahkan kepada perkataan Sofaa disebabkan Ahli Sufi memandang kepada batin atau dalaman sesuatu perkara, ketika manusia memandang kepada zahirnya.

Orang sufi juga sentiasa berusaha membersihkan dan menyucikan diri mereka daripada kotoran zahir dan batin. (Abdul Aziz Ahmad Mansur, Al-Tasauf al-Islami al-Sohih, H: 24-27)

Artikel Penuh

Thursday, May 6, 2010

Jangan Sakiti Nabi!

Oleh Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al-Maliki
(Ahli Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dan Penasihat, Yayasan Sofa Negeri Sembilan)

"... jika diinsafi bahawa pandangan yang ibu dan ayah Nabi itu kufur adalah tidak benar dan bercanggah dengan pandangan jumhur ulama umat ini. Maka kenyataan tersebut turut merupakan suatu pendustaan dalam isu yang begitu dekat dengan kekasih Allah SWT dan makhlukNya yang paling mulia.

Malangnya, akhir-akhir ini, telah beberapa kali dakwaan bahawa ibu dan bapa Nabi SAW itu kufur dan berada dalam Neraka di ketengahkan dalam masyarakat kita secara terbuka dalam media perdana oleh para pendakwah yang popular dan dikenali ramai. Dalam keadaan begitu tidak mustahil akan ramai ahli masyarakat yang tidak berkeahlian akan mudah terpengaruh, lantas sama-sama mengulang-ngulangkan kalimah yang pastinya menyakiti Nabi SAW itu. Mahukah kita jika umat Islam di Malaysia sampai terhitung sebagai tidak peka dengan apa yang menyakiti Nabi SAW? Bukankah ini boleh mengundang kemurkaan Allah dan RasulNya? "




Artikel Penuh

Wednesday, May 5, 2010

Tasawwuf : Cabang Agama Yang Terzalimi (Edisi Lengkap)

Tasawwuf : Cabang Agama Yang Terzalimi (Edisi Lengkap)
Oleh PANEL PENGKAJI YAYASAN SOFA NEGERI SEMBILAN

"Tasawwuf, Tariqat dan istilah-istilah yang berkaitan dengannya sering dimomokkan oleh mereka seolah-olah semua dan setiap yang bernama Tasawwuf dan Tariqat itu sesat, bid`ah dan khurafat.

Strategi memomokkan istilah ini sebenarnya suatu percubaan untuk mengunci minda dan menjadikan masyarakat awam jauh hati daripada Tasawwuf dan dunianya tanpa benar-benar mengenali dan memahaminya dengan tepat."

Artikel Penuh