Monday, December 6, 2010

DALIL-DALIL TENTANG BERTAWASSUL

Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA NEGERI SEMBILAN
Utusan Malaysia, 7 Disember 2010


Telah diriwayatkan dalam hadith, bahawa Nabi Adam AS pernah bertawassul dengan Nabi Muhammad SAW. Berkata al-Hakim di dalam al-Mustadrak: daripada Umar RA berkata, Rasulullah SAW bersabda:

“Setelah Nabi Adam AS melakukan kesalahan, dia berkata, “Wahai Tuhanku! (Tidaklah) aku memohon kepadaMu demi hak Nabi Muhammad SAW, melainkan agar Engkau mengampunkan daku.” Maka Allah berfirman, “Wahai Adam! Bagaimanakah engkau mengenali Muhammad, sedangkan Aku belum menciptakannya lagi?” Adam AS bersabda, “Wahai Tuhan! Setelah Engkau menciptakanku dengan kekuasaanMu dan setelah Engkau meniup padaku daripada ruh (ciptaan)Mu, maka aku mengangkat kepalaku. Lalu aku melihat di tiang-tiang Arasy, tertulis kalimah: “ Laa ilaaha illaLlah Muhammad RasuluLlah” Maka dengan itu, aku mengerti bahawa Engkau tidak akan meletakkan di sisi namaMu kecuali (nama) makhluk yang paling Engkau kasihi.” Allah berfirman kepadanya, “Benarlah engkau wahai Adam! Sesungguhnya dia adalah makhluk yang paling Aku kasihi. Serulah Aku dengan haknya, maka Aku ampunkan bagi kamu. Jika tidak kerana Muhammad, Aku tidak akan menciptakanmu.” ( Al-Mustadrak (Kitab Tarikh) Jld 2, H: 615)

Artikel Penuh

Sambutan Maal Hijrah 1432



TETAMU JEMPUTAN :

Syeikh Ismail Zain al Yamani
merupakan seorang ulama’ yang sangat terkenal.
Pensyarah di Kuliah Usul Fiqh Universiti Malik Abdul Aziz, Arab Saudi Memperolehi Ijazah Kedoktoran dalam bidang Usul Fiqh dari Universiti Umm al Qura, Arab Saudi Pakar Fiqh Syafi’i di Makkah al Mukarramah Ayahanda nya adalah salah seorang tenaga pengajar di Masjid al Haram, Makkah al Mukarramah. Digelar dengan Syafi’i Soghir (kecil) dan telah melahirkan ramai ulama’ termasuk dari Indonesia dan Malaysia. Keluarganya adalah terkenal sebagai keluarga ulama’ dan berketurunan mulia.

Sunday, December 5, 2010

DaQwaH


Friday, December 3, 2010

Tuesday, November 30, 2010

KOSMO : Generasi Celik Al-Quran

Kefahaman Tentang Tawassul

Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA NEGERI SEMBILAN
Utusan Malaysia, 30 November 2010

Tidak seorang pun dari kalangan kaum Muslimin yang berselisih pendapat mengenai pensyariatan tawassul kepada Allah melalui amalan-amalan soleh. Maka orang yang berpuasa, mengerjakan solat, membaca al Quran atau pun bersedekah, mereka bertawassul dengan amalan puasa, solat, bacaan al Quran dan sedekah yang mereka lakukan. Bahkan, ia adalah amalan yang paling diharapkan untuk termaqbulnya suatu hajat dan sebesar-besar amalan untuk tercapainya apa yang dihajati, tanpa diperselisihkan oleh mana-mana pihak.

Dalilnya, ialah hadith mengenai tiga orang pemuda yang terperangkap di dalam gua. Salah seorang daripada mereka bertawassul dengan kebajikan yang dilakukan kepada kedua ibu bapanya. Pemuda yang kedua, bertawassul dengan perbuatannya menjauhi perbuatan yang keji yang mampu dilakukannya pada waktu tersebut. Manakala pemuda yang ketiga, bertawassul dengan sifat amanah dan penjagaannya terhadap harta orang lain serta kejayaannya menunaikan tanggungjawab tersebut dengan sempurna. Maka Allah melepaskan mereka daripada kesusahan yang mereka hadapi.

Artikel Penuh

Tuesday, November 23, 2010

HAKIKAT-HAKIKAT YANG TIDAK SEPATUTNYA DIKAJI

Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA NEGERI SEMBILAN
Utusan Malaysia, 23 November 2010

Sepatutnya, seperti tajuk kita minggu ini, tidak semua polemik yang timbul dikalangan ulama’ mengenai pelbagai masalah agama dan aqidah, dibebankan oleh Allah SWT ke atas kita untuk membahaskannya. Bahkan, kita berpendapat, bahawa polemik ini hanya akan melenyapkan kehebatan dan keagungan perkara tersebut. Misalnya perselisihan ulama’ mengenai Nabi Muhammad SAW melihat Allah dan caranya.

Perselisihan yang panjang lebar sentiasa berlegar di kalangan mereka mengenai permasalahan ini. Ada ulama’ yang berpendapat, bahawa Nabi Muhammad SAW melihat Allah SWT dengan hatinya. Sementara ulama’ lain berpendapat, Nabi Muhammad SAW melihatNya dengan kedua-dua belah matanya. Masing-masing mengemukakan dalil mereka dan menguatkan hujjah mereka dengan sesuatu yang tidak mendatangkan faedah. Apa yang saya lihat, semua yang mereka lakukan itu adalah sia-sia dan tidak mendatangkan faedah. Bahkan, kemudharatannya adalah lebih besar daripada manfa’atnya. Apatah lagi jika kandungan polemik itu didengari oleh umat Islam awam. Tidak mustahil, jika mereka mendengar dan mengetahui hal-hal yang diperdebatkan itu, pasti akan timbul keraguan dalam hati mereka.


Artikel Penuh