Monday, November 10, 2008

Jom Korban Jang !!!

KEUTAMAAN KORBAN

1. Allah Berfirman:

“Dan telah Kami jadikan untuk kamu unta-unta (binatang ternak) itu sebahagian dari syiar Allah. Kamu memperolehi kebaikan yang banyak padanya, maka sebutlah oleh mu nama Allah ketika menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan tidak terikat). Kemudian apabila telah tumbang (mati), maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami telah menundukkan unta-unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur”.
(Surah Al-Hajj: 36)

2. Allah berfirman :

“Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berqurbanlah”.
(Surah Al-Khauthar: 2)

3. Hadith Nabi S.A.W

“Barangsiapa yang memiliki kemampuan (untuk membeli haiwan qurban), lalu tidak melakukannya (tidak berqurban), maka janganlah mendekati tempat solatKu”. (Hadis Riwayat Ahmad).

Sunday, November 2, 2008

Ibadat KORBAN 2008

Harga satu bahagian ialah RM350.00. Bayaran boleh dibuat selewat-lewatnya pada 1 Disember 2008

Friday, October 31, 2008

Selamat Menunaikan Haji

Admin mengucapkan Selamat menunaikan haji kepada Ikhwan YSNS yang akan berangkat menunaikan ibadah haji tahun ini. Semoga Allah menganugerahkan tuan2/puan2 dengan haji yang mabrur.

Tuesday, October 21, 2008

Jom Pi Tafaqquh

JADUAL TAFAQQUH

SESI 1 (16 - 22 November 2008)
* Pendaftaran 16 November 2008 ( 3.00 - 5.00 petang) - Ahad
* Tarikh Tutup 8 November 2008 - Sabtu

SESI 2 (14 - 20 Disember 2008)
* Pendaftaran 14 Disember 2008 ( 3.00 - 5.00 petang) - Ahad
* Tarikh Tutup 6 Disember 2008 - Sabtu

"Ilmu Yang Bermanfaat Menjamin Kesejahteraan Dunia & Akhirat"

DAFTAR SEGERA : TAFAQQUH FI AL DIN 2008


Sila muatturun pamplet Tafaqquh Fi Al Din 2008 di alamat berikut

Sunday, October 12, 2008

TAHNIAH

Wacana Pemikiran Prof Dr. Sayyid Muhammad
bin Alawi al Maliki Al Hasani telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Masjid Wilayah Persekuatuan. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Y.Bhg Dato' Wan Zahidi Wan Teh, Mufti Wilayah Persekutuan.