Sunday, July 25, 2010

Nisfu Sya'ban


Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a berkata :

"Lima malam yang tidak ditolak doa padanya, ialah : Malam Jumaat, malam pertama bulan Rejab, Malam Nisfu Sya'ban dan dua malam hari raya _'idul Fitri dan 'Idul Adha)."

Tuesday, July 20, 2010

Jangan mudah mengkafirkan

Utusan Malaysia, 20 Julai 2010

DI dalam kitab Mafahim (Kefahaman-kefahaman Yang Wajib Diperbetulkan) Al-Allamah Dr. Sayyid Muhammad ibn Alawi al-Maliki telah memperjelaskan fahaman tentang pelbagai isu agama yang menjadi pertikaian oleh sebahagian orang seperti tabarruk, tawassul, ziarah kubur dan seumpamanya.

Ada yang sampai ke tahap menuduh syirik dan mengkafirkan sesama Islam kerana isu-isu ini. Oleh itu pengarang kitab ini memulakan tulisannya dengan memperbetulkan semula kefahaman dalam hal menghukum kafir sesama Islam.


Artikel Penuh

Tuesday, July 13, 2010

Memahami Israk dan Mikraj

Utusan Malaysia, 13 Julai 2010

Kita sedang berada dalam 'musim' Israk dan Mikraj. Kefahaman dan sikap masyarakat dalam melalui hari-hari ini memang berbeza malah mungkin juga bercanggah. Ada yang langsung tidak menyedari datang dan perginya 27 Rejab kerana terlampau sibuk dan kurang peka pula pada perjalanan kalendar Islam.

Tidak kurang yang menyambut kedatangannya dengan penuh gembira dan bersemangat dengan mengadakan pelbagai majlis sambutan. Ada pula yang mempertikaikan kewajaran menyambutnya, seperti mana mereka menolak sambutan hari-hari kebesaran Islam yang lain.

Artikel Penuh

Monday, July 5, 2010

Kefahaman Yang Wajib Diperbetulkan

Oleh Panel Penyelidikan Yayasan Sofa Negeri Sembilan
5 Julai 2010

"Kefahaman dan ilmu yang ada di dalam diri seseorang dan menjadi pegangannya adalah faktor utama yang menentukan keperibadiannya dan kehidupannya. Jika kotak minda dan lubuk hatinya dipenuhi oleh kefahaman yang benar lagi mulia maka orang tersebut akan muncul sebagai peribadi yang besar dan mulia. Sebaliknya, jika kefahaman yang salah, sempit lagi menyeleweng yang bersarang dalam dirinya, maka sukarlah untuk beliau muncul sebagai individu yang membawa kebaikan dan kesejahteraan.

Begitu jugalah keadaannya dengan kefahaman agama. Bukan semua kefahaman agama yang tersebar dan dipegang orang itu betul dan benar. Itulah yang mendorong para ulama yang mewarisi tugas para Nabi-nabi untuk gigih memperbetulkan kefahaman agama umat Islam melalui lisan dan tulisan mereka. "

Artikel Penuh

Monday, June 28, 2010

Tasauf Hakiki dan Penyelewengan

Tasauf Hakiki dan Penyelewengan
Oleh Panel Penyelidikan Yayasan Sofa Negeri Sembilan

... Selain daripada penyewelengan sebenar yang timbul akibat kelemahan para pengamalnya, tasauf dan tarekat turut menjadi sasaran pelbagai tuduhan dan kempen memburuk-buruknya daripada mereka yang memusuhinya dari dalam dan luar lingkungan Islam. Para kuffar memusuhinya kerana mereka memang anti atau jahil dengan Islam. Sebahagian daripada mereka juga menyerangnya kerana tahu bahawa inilah antara pusat kekuatan Islam. Mereka tahu daripada kajian dan sejarah bahawa tasauf turut menjadi inspirasi jihad menentang musuh-musuh Islam.

Artikel Penuh

Tuesday, June 22, 2010

Tasauf galakkan berjihad dan bekerja

Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN

"Memusuhi wali-wali Allah adalah termasuk beberapa kesalahan paling berat sehingga Allah SWT mengisytiharkan perang terhadap pelakunya seperti maksud satu hadis qudsi yang masyhur."


Gambar hiasan : Antara struktur peninggalan sejarah di Masjid dan makam Sunan Kudus, antara wali Songo yang menyebarkan Islam di Tanah Jawa.

Artikel Penuh

Sunday, June 13, 2010

KEPENTINGAN TASAWWUF

Oleh Panel Penyelidikan Yayasan Sofa Negeri Sembilan

Oleh kerana kebaikan seseorang itu bersangkut paut dengan kebaikan hatinya yang menjadi penentu amalan zahirnya, maka wajiblah ke atasnya memperbaiki hatinya dengan mengosongkannya daripada sifat-sifat terkeji yang dilarang oleh Allah dan menghiasinya dengan sifat-sifat terpuji yang diperintahkan oleh Allah. Dengan itu, hatinya akan berada dalam keadaan sejahtera dan benar. Pemiliknya akan tergolong di kalangan orang yang berjaya dan terselamat pada hari yang tiada manfaat harta benda dan anak isteri melainkan orang yang datang kepada Allah dengan hati yang sejahtera.

Imam Jalal al-Din al-Suyuti RA berkata: “Adapun tentang ilmu hati dan mengenal penyakit-penyakitnya seperti hasad, ujub, riya’ dan sebagainya, Imam al Ghazali RA menyatakan bahawa ia adalah fardhu ‘ain.”(al-Asybah wa al-Nadzair, H.504)

Membersihkan hati dan mendidik jiwa merupakan di antara perkara fardhu ‘ain yang terpenting dan perintah Allah yang paling wajib, berdasarkan ayat al-Quran, hadith Nabi SAW dan perkataan ulama’.

Artikel Penuh