Tuesday, May 17, 2011

Syafa`at Di Sisi Para Sahabat

Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA NEGERI SEMBILAN
Utusan Malaysia, 17 Mei 2011

Daripada Mukhallad ibn ‘Uqbah ibn Abdur Rahman ibn Syarhabil, daripada datuknya, Abdur Rahman, daripada ayahnya, berkata: “Aku pernah menemui Rasulullah SAW ketika telapak tanganku terkena bisul. Aku berkata, “Wahai Nabi Allah! Bisul ini semakin membengkak dan menggangguku semasa aku hendak memegang pedang dan mengendalikan haiwan tunggangan.” Rasulullah SAW bersabda, “Dekatlah kepadaku!” Aku pun menghampiri Baginda SAW, kemudian Baginda SAW bersabda, “Bukalah telapak tanganmu itu.” Maka aku pun membukanya, kemudian Baginda SAW bersabda, “Genggamlah telapak tanganmu.” Maka akupun menggenggamnya. Rasulullah SAW bersabda, “Dekatlah kepadaku!” Aku pun menghampiri Baginda SAW. Maka Rasulullah SAW membukakan telapak tanganku, lalu meniupnya. Kemudian Baginda S meletakkan telapak tangannya pada bisul itu. Baginda SAW mengusap-usapnya dengan telapak tangannya sehinggalah Baginda SAW mengangkat tangannya, dan aku langsung tidak lagi melihat kesan bisul itu di tanganku.” (diriwayatkan oleh Imam Tabrani. Al Hafiz al Haithami menyebutnya di dalam Majma’ al Zawa’id (Jld 8 H: 298).

Artikel Penuh

Tuesday, May 10, 2011

Memohon Bantuan Nabi SAW

Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA NEGERI SEMBILAN
Utusan Malaysia, 10 Mei 2011

Kita telah sebutkan di dalam perbahasan yang lalu, sesungguhnya kita mempercayai dengan keyakinan yang kuat, tanpa syak dan ragu bahawa asal atau dasar dalam memohon suatu pertolongan, permohonan, doa dan permintaan ialah ditujukan hanya kepada Allah SWT. Dialah Maha Penolong, Maha Pembantu dan Mengkabulkan sesuatu permintaan.

Allah SWT berfirman: “Dan Tuhan kamu berfirman, “Berdoalah kamu kepadaKu, nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.”(Al-Mukmin: 60) Dari ayat ini dapat difahami, bahawa sesiapa yang meminta pertolongan daripada seseorang makhluk, atau menyerunya, atau memohon kepadanya, atau meminta kepadanya, sama ada makhluk itu masih hidup atau telah mati, dengan keyakinan bahawa makhluk itu mampu memberikan manfa’at atau menolak kemudharatan dengan kekuatannya sendiri, tanpa ada kaitan dengan Allah; maka dia dikira telah menyengutukan Allah SWT.

Tuesday, May 3, 2011

Kekosongan Jawatan Tenaga Pengajar di STIAS

Allah SWT Penolong Hakiki

Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA NEGERI SEMBILAN                                          
Utusan Malaysia, 3 Mei 2011

Apabila kita katakana adalah dibenarkan memohon syafa`at daripada Nabi SAW, ini tidak menafikan kepercayaan kita dengan keyakinan yang kuat dan lazim, tanpa syak dan ragu bahawa asal sesuatu pertolongan, permohonan, doa dan permintaan itu hanyalah kepada Allah SWT. Pada hakikatnya, Dialah Maha Penolong, Maha Pembantu dan Mengkabulkan sesuatu permintaan.

Prinsip ini ditegaskan dalam firman Allah SWT, “Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah atau memuja yang lain dari Allah; yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudharat kepadamu. Oleh itu, sekiranya engkau mengerjakan yang demikian, maka pada saat itu menjadilah engkau dari orang-orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu). Dan jika Allah mengenakan engkau dengan sesuatu yang membahayakan, maka tiada sesiapa pun yang akan dapat menghapuskannya melainkan Dia.”(Yunus: 106-107)

Tuesday, April 26, 2011

Syafa`at Nabi Menurut Ibnu Taymiyyah

Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA NEGERI SEMBILAN
Utusan Malaysia, 26 April 2011

Masjidil Nabawi,Madinatul Munawwarah
Jika di minggu lepas kita telah menghujjahkan tentang keharusan memohon syafa’at daripada Nabi Muhammad SAW di dunia, ketika Baginda SAW masih hidup, kita juga menegaskan bahawa boleh memohon syafa’at daripada Nabi Muhammad SAW setelah Baginda SAW wafat. Hal ini bersesuaian dengan prinsip Ahli Sunnah wal Jama’ah, bahawa para Nabi AS tetap hidup di alam barzakh. Nabi Muhammad SAW sudah pasti adalah Nabi yang paling sempurna dan besar mendapat kurniaan tersebut. Baginda SAW mendengar perkataan umatnya, dan kepadanya diperlihatkan perbuatan mereka. Baginda SAW juga memohonkan keampunan kepada Allah bagi dosa-dosa mereka dan memuji Allah (atas amalan baik umatnya). Salawat dan salam yang diucapkan oleh umatnya juga sampai kepadanya, meskipun mereka berada di penghujung dunia yang paling jauh, sebagaimana yang diisyaratkan dalam hadith-hadith sohih yang diakui oleh sejumlah penghafaz dan ahli hadith.


Jika kita memohon syafa’at daripada Rasulullah SAW, sudah pasti Rasulullah SAW akan berdoa memohon kepada Allah SWT seperti yang dilakukannya ketika masih hidup. Hamba Allah yang memintanya, akan menerima syafa’at itu pada tempat dan waktu yang telah ditentukan setelah diizinkan oleh Allah SWT sebagaimana dapat masuk syurga orang yang diberi khabar gembira dengannya di dunia. Dia mengecapinya pada waktunya selepas Allah memberikan keizinanNya masuk syurga. Jadi, perkara ini (masuk syurga bagi mereka yang telah dijanjikan) dan syafa’at, adalah sama. Inilah perkara yang dipercayai dan diyakini oleh hati kami.

Artikel Penuh

Monday, April 25, 2011

Syafa`at Nabi Menurut Ibnu Taymiyyah

"Jika kita memohon syafa’at daripada Rasulullah SAW, sudah pasti Rasulullah SAW akan berdoa memohon kepada Allah SWT seperti yang dilakukannya ketika masih hidup. Hamba Allah yang memintanya, akan menerima syafa’at itu pada tempat dan waktu yang telah ditentukan setelah diizinkan oleh Allah SWT sebagaimana dapat masuk syurga orang yang diberi khabar gembira dengannya di dunia. Dia mengecapinya pada waktunya selepas Allah memberikan keizinanNya masuk syurga. Jadi, perkara ini (masuk syurga bagi mereka yang telah dijanjikan) dan syafa’at, adalah sama. Inilah perkara yang dipercayai dan diyakini oleh hati kami."

Akan terbit pada 26 April 2011 di Utusan Malaysia

Wednesday, April 20, 2011

Jadual Pengajian 2011


* Alamat DARUL MALIKI ,
No. 4 Jalan 5/3, Taman Tun Abdul Razak,
68000 Ampang Selangor

Sebarang perubahan akan dimaklumkan dan
jika terdapat pertanyaan sila hubungi Encik Abd Rahim 019-6543244