Thursday, October 15, 2009

Mesyuarat Agung Yayasan Sofa & Sambutan Aidilfitri


SABTU, 17 OKTOBER 2009, 9.00 PAGI, REMBAU

Pastikan ANDA (Ikhwan) Bersama Meraikannya

Wednesday, October 14, 2009

Zikrayat: Fitrah Diri Yang Sejahtera

Utusan Malaysia, 12 Oktober 2009
Panel PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN

Di antara rahmat Allah SWT ke atas makhluk yang bergelar insan ialah Dia menjadikan bagi mereka hati-hati yang mampu merasai dan mencerna pelbagai rasa. Mereka merasa sedih dan hiba apabila datang peristiwa-peristiwa yang memilukan dan merasa sukacita apabila hadir berita-berita yang menggembirakan.

Ia adalah sifat semula jadi bagi hati manusia yang mana ia turut digelar sebagai fitrah yang telah ditetapkan oleh Allah semenjak awal penciptaan mereka.

Maka berbahagialah mereka-mereka yang memiliki hati dan fitrah yang sejahtera dengan mendapat manfaat dan ganjaran yang besar di sisi Allah SWT. Allah SWT berfirman maksudnya: Hari akhirat itu adalah suatu hari yang tidak memberi manfaat segala harta benda dan anak pinak, melainkan bagi mereka yang hadir menemui Allah dalam keadaan berhati sejahtera. (al-Syu'ara: 89)

Zikrayat atau kenang-kenangan yang bersangkut paut dengan sejarah perjalanan hidup manusia adalah sesuatu dirasai secara semula jadinya oleh hati yang sejahtera. Ia kadangkala tiba-tiba menyelinap dan menyentuh jiwa lebih-lebih lagi apabila bertepatan dengan tarikh dan waktu peristiwa itu berlaku.

Setiap manusia tidak kira apa jua pegangan dan kepercayaan mereka akur terhadap hakikat ini. Oleh yang demikian, manusia di timur dan di barat tanpa mengira agama dan pegangan akan mengingati peristiwa-peristiwa lalu yang berlaku dalam sejarah kehidupan agama dan bangsa mereka lalu diraikan dengan cara tersendiri.

Wednesday, October 7, 2009

MAJLIS HOL MEMPERINGATI AL MUHADDITH PROF. DR. MUHAMMAD IBN ALAWI AL MALIKI AL HASANI

JADUAL PROGRAM
9 Oktober 2009 (Jumaat, Maghrib) Masjid Fathur Rahman, Melaka.
10 Oktober 2009 (Sabtu, 5ptg-9mlm) Madrasah Al-Hasaniyah, Rembau N. Sembilan.
11 Oktober 2009 (Ahad, Maghrib) di Masjid Darul Ehsan, Taman TAR, Selangor.

Monday, October 5, 2009

Fahami Agama Melalui Tokohnya

Utusan Malaysia, Bicara Agama, 5 Oktober 2009

Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN

  • Setiap fasa atau generasi umat ini pasti menghadapi ujian dan cabaran tersendiri. Sebagai antara generasi akhir umat ini yang terpisah jauh dari Nabi Muhammad SAW dari sudut masa, antara cabaran utama umat ini adalah untuk memahami Islam dengan setepat dan seutuhnya.

  • Sudah lumrah, semakin jauh kita dari Nabi SAW dan daripada generasi didikan baginda, semakin mencabar bagi kita untuk mendapa dan mencari kefahaman dan penghayatan Islam yang benar.

  • Pada masa yang sama, kita diajar untuk tidak sekali-sekali meragui keadilan Allah SWT yang bersifat Maha Penyayang dan Maha Pengasih dan segala sifat-sifat kesempurnaan yang ada.

Kita perlu mendalami al-Quran dan al-hadis untuk

menimba pelbagai ilmu yang terkandung di dalamnya. - Gambar hiasan


  • Jika kita sedia mengikut panduan dan ajaran yang ditentukan-Nya, risalah dan nur Islam hakiki sedia untuk ditemui dan dihayati oleh generasi demi generasi tanpa terputus hinggalah ke hari kiamat.

  • Sebaliknya sesiapa yang dinafikan rahmat-Nya akan enggan mengikut naluri iman dan lebih yakin dengan akal sendiri atau dikelabui oleh keegoan dan terkeliru oleh pelbagai sentimen, inilah hakikat yang menjadi latar di sebalik pelbagai salah faham dan kekeliruan tentang Islam dan ajarannya.

  • Selain daripada ajaran-ajaran yang jelas menyeleweng seperti mengaku dilantik menjadi rasul dan menerima wahyu yang lebih mudah dikenal pasti dan dijauhi, dengan izin Allah SWT, yang lebih membimbangkan adalah tersebarnya fahaman dan kecenderungan yang tidak begitu zahir berbahayanya.

  • Di antara fahaman sebegitu yang dapat dirasakan kehadirannya dalam masyarakat kita adalah kecenderungan terlalu liberal atau terlalu literal dalam memahami Islam.

Artikel Penuh

Sunday, October 4, 2009

MAJLIS HOL BERSAMA SAYYID AHMAD IBN MUHAMMAD IBN ALAWI AL MALIKI

Sayyid Ahmad bin Muhammad bin Alawi Al Maliki, salah seorang ulama dari Makkah al Mukarramah akan berada di Kompleks Yayasan Sofa, Kota, Negeri Sembilan pada 10 Oktober 2009 ( Sabtu ).
Sila layari http://yayasansofa.blogsome.com untuk malumat terkini.

Jemputan ke Mesyuarat Agung Tahunan YSNS dan Sambutan Eidul Fitri

Yayasan Sofa Negeri Sembilan (YSNS) dengan segala hormatnya menjemput semua ahli Yayasan ke Mesyuarat Agong Tahunan pada 17 Oktober 2009 (Sabtu) bermula pada jam 9.30pg bertempat di Kompleks Yayasan Sofa, Rembau, Negeri Sembilan.

&

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI