Tuesday, November 10, 2009

Jadual Pengajian Nov 2009


Ilmu menjadikan kita takut kepada Allah

Utusan Malaysia, 7 November 2009
Panel Penyelidikan Yayasan Sofa Negeri Sembilan
  • Pada hari ini, kita melihat rata-rata umat Islam di negara ini sudah mula berjinak-jinak dengan majlis-majlis ilmu dan ulama. Di masjid-masjid dan surau-surau majlis-majlis pengajian ilmu semakin rancak diadakan.

  • Ia mendapat sambutan yang memberangsangkan dari segenap lapisan masyarakat yang dahagakan ilmu dan pentarbiahan hatta terdapat masjid yang mengadakan majlis pengajian pada setiap malam. Ini suatu perkembangan yang baik kepada peningkatan kualiti umat Islam di negara ini dan agama Islam itu sendiri.

orang beriman yang puasa tidak akan melakukan perkara yang membatalkan amalan itu sama ada semasa bersendirian atau di hadapan orang lain. - Gambar hiasan


  • Persoalannya, apakah ilmu yang mereka perolehi ini benar-benar memberikan manfaat dan kesan ke dalam diri mereka?

  • Ketahuilah, bahawa sebaik-baik ilmu ialah ilmu yang menjelmakan perasaan takut kepada Allah SWT. Iaitu, takut yang disertai perasaan membesarkan Allah dan menumbuhkan amal. Allah SWT telah memuji para ulama melalui firman-Nya: Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hamba-Nya hanyalah orang-orang yang berilmu. (al-Faatir: 28)

  • Inilah ilmu yang paling bermanfaat kerana ilmulah yang memandu kita ke jalan akhirat. Kalam hikmah ini diungkapkan oleh Sheikh Ibnu Atoillah al Sakandari r.a dalam Hikamnya yang bertajuk al Hikam al Atoiyyah.

Artikel Penuh

Wednesday, October 28, 2009

Qurban 1430H - YSNS

YSNS menawarkan kepada individu yang berminat untuk melaksanakan ibadat Qurban bagi tahun 1430H di Kompleks Yayasan Sofa. Bayaran penyertaan bagi satu bahagian daging kekal pada harga RM350.

Sesiapa yang berminat sila berhubung dengan Sdr Norizam Hashim di talian 013-3807785

Monday, October 26, 2009

Pendidikan: Misi utama Rasulullah

Utusan Malaysia, 26 Oktober 2009

Panel PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN

  • ADALAH menjadi salah satu tanda keagungan Allah SWT dan kemukjizatan Rasul-Nya SAW, walaupun sudah lebih 1400 tahun Baginda SAW meninggalkan kita, tetap akan ada sejumlah individu, kumpulan dan organisasi yang berusaha untuk menyambung misi perjuangan Rasulullah SAW.

  • Tinggal lagi, mungkin kerana keluasan skop misi perjuangan Rasulullah SAW, kita dapati, kalaupun mereka ini sama bersemangat untuk menyambung misi perjuangan beliau, akhirnya bentuk amal Islami yang terhasil akan berbeza-beza pendekatan dan acuan penghayatannya.

  • Antara pendekatan-pendekatan utama yang dapat kita perhatikan ialah pendidikan, kebajikan, politik, dakwah, kerohanian, ekonomi dan termasuk juga jihad bersenjata.

  • Dalam kepelbagaian 'jalan' yang dipilih, perlu rasanya dibuat penegasan bahawa misi utama dan teras kepada perjuangan Rasulullah SAW adalah pendidikan. Malah tidak salah dikatakan bahawa dimensi pendidikanlah yang lazimnya menjadi penentu kualiti dan keberkesanan sudut-sudut lain perjuangan warisan Nabawi.

  • Keutamaan pendidikan dan pendidik sebagai misi utama Nabi SAW jelas tampak dalam sumber al-Quran dan hadis seperti dalam ayat yang bermaksud: Dia lah Yang telah mengutuskan Dalam kalangan orang-orang (Arab) Yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad SAW) dari bangsa mereka sendiri, Yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad Yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan Yang mendalam mengenai hukum-hukum Syarak). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad SAW) itu adalah Dalam kesesatan yang nyata. (al-Jumu'ah : 2)

(Artikel Penuh)

Saturday, October 17, 2009

Ahli Jawatankuasa YSNS Sesi 2009/2010

Sebahagian daripada Ahli Jawatankuasa Yayasan Sofa Negeri Sembilan bagi sesi 2009/2010 bergambar bersama Penasihat Yayasan Tn Syeikh Muhammad Fuad Kamaludin Al-Maliki selepas mesyuarat Agung Yayasan Sofa pada 17 Oktober 2009.

Thursday, October 15, 2009

Mesyuarat Agung Yayasan Sofa & Sambutan Aidilfitri


SABTU, 17 OKTOBER 2009, 9.00 PAGI, REMBAU

Pastikan ANDA (Ikhwan) Bersama Meraikannya

Wednesday, October 14, 2009

Zikrayat: Fitrah Diri Yang Sejahtera

Utusan Malaysia, 12 Oktober 2009
Panel PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN

Di antara rahmat Allah SWT ke atas makhluk yang bergelar insan ialah Dia menjadikan bagi mereka hati-hati yang mampu merasai dan mencerna pelbagai rasa. Mereka merasa sedih dan hiba apabila datang peristiwa-peristiwa yang memilukan dan merasa sukacita apabila hadir berita-berita yang menggembirakan.

Ia adalah sifat semula jadi bagi hati manusia yang mana ia turut digelar sebagai fitrah yang telah ditetapkan oleh Allah semenjak awal penciptaan mereka.

Maka berbahagialah mereka-mereka yang memiliki hati dan fitrah yang sejahtera dengan mendapat manfaat dan ganjaran yang besar di sisi Allah SWT. Allah SWT berfirman maksudnya: Hari akhirat itu adalah suatu hari yang tidak memberi manfaat segala harta benda dan anak pinak, melainkan bagi mereka yang hadir menemui Allah dalam keadaan berhati sejahtera. (al-Syu'ara: 89)

Zikrayat atau kenang-kenangan yang bersangkut paut dengan sejarah perjalanan hidup manusia adalah sesuatu dirasai secara semula jadinya oleh hati yang sejahtera. Ia kadangkala tiba-tiba menyelinap dan menyentuh jiwa lebih-lebih lagi apabila bertepatan dengan tarikh dan waktu peristiwa itu berlaku.

Setiap manusia tidak kira apa jua pegangan dan kepercayaan mereka akur terhadap hakikat ini. Oleh yang demikian, manusia di timur dan di barat tanpa mengira agama dan pegangan akan mengingati peristiwa-peristiwa lalu yang berlaku dalam sejarah kehidupan agama dan bangsa mereka lalu diraikan dengan cara tersendiri.