Wednesday, December 31, 2008

Sambutan Ma'al Hijrah 1430H, Surau Kemensah, KL

Bacaan Al-Quran oleh Adik Muhammad Al-Hafiz

Tuesday, December 30, 2008

Majlis Sambutan Maal Hijrah 1430H (Photo)

Kompleks Yayasan Sofa, Rembau, Negeri Sembilan 1 Muharram 1430H/28 Dec 2008

Monday, December 29, 2008

Majlis Sambutan Maal Hijrah 1430H

Majlis telah diserikan dengan ceramah berkaitan Hijrah oleh tetamu jemputan Syeikhul Hadith Sheikh Ahmad Darwish al Misri al Azhari dan Syeikh Muhamad Fuad Kamaludin Al-Maliki pada sebelah malamnya (28/12/08).

NEW : Kitab Aqidah Awam

Karangan oleh Al Allamah Al Sayyid Ahmad Al Marzuqi Al Maliki
Al Makki dan disyarahkan oleh Dr. Umar Abdullah Kamil; dikeluarkan
oleh Sheikh Muhamad Fuad Kamaluddin Al Maliki

Terbitan SOFA PRODUCTION
Harga : RM15.00

Saturday, December 27, 2008

Syeikhul Hadith Sheikh Ahmad Darwish al Misri al Azhari

Penceramah Jemputan Khas sempena Sambutan Maal Hijrah 1430H
Syeikhul Hadith Sheikh Ahmad Darwish al Misri al Azhari
Anak murid kepada Syeikh Muhaddith Abdullah Siddiq Al Qhummari dilahirkan di Tonjah pada tahun 1328 hijrah.

Tuesday, December 23, 2008

Sambutan Ma'al Hijrah 1430H

YSNS bersama Universiti Tun Hussien Onn Malaysia, sekali lagi berkerjasama dan bermuafakat bersama untuk mengadakan Majlis Diskusi Tauhid sempena Sambuan Maal Hijrah 1430H pada 27 & 28 Disember 2008 di Kompleks Yayasan Sofa Negeri Sembilan.

Untuk urusan penginapan atau keterangan lanjut, sila hubungi :

Encik Norizam bin Hashim ( 013 380 7785 )
Encik Ainul Amriz bin Ismail ( 019 227 9226 )

Yayasan Sofa Negeri Sembilan
Kompleks Yayasan Sofa
71350 Kota
Negeri Sembilan
Telefon : 06 445 0419
email : yayasansofa@gmail.com
web site : http://www.yayasansofa.com/

Rujukan : yayasansofa.blogsome.com

Sunday, December 14, 2008

Program Ziarah - Bukit Tinggi

Rombongan seramai 72 orang akan berlepas menaiki Air Asia pada 15/12/08 jam 7.00pagi (LCCT)

Monday, December 8, 2008

PROGRAM QURBAN YAYASAN SOFA 2008

Sebanyak 27 ekor lembu dikorbankan sempena Eidul Adha 1429H/2008M, pada 9 & 10 November 2008 (termasuk 3 ekor lembu korban khusus untuk Rasulullah s.a.w)

NEW : Kitab I'Tiqad Ahli Sunnah Wal Jama'ah

Karangan Al Allamah Muhammad Mukhtar Ibn 'Atorid
(Tenaga Pengajar Masjid Al-haram)
Syarahan Oleh : Al Faqir ila Allah alQawiy
Haji Muhammad Fuad bin Haji Kamaludin al Maliki
(Nov 2008)
Harga : RM40.00

Monday, November 10, 2008

Jom Korban Jang !!!

KEUTAMAAN KORBAN

1. Allah Berfirman:

“Dan telah Kami jadikan untuk kamu unta-unta (binatang ternak) itu sebahagian dari syiar Allah. Kamu memperolehi kebaikan yang banyak padanya, maka sebutlah oleh mu nama Allah ketika menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan tidak terikat). Kemudian apabila telah tumbang (mati), maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami telah menundukkan unta-unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur”.
(Surah Al-Hajj: 36)

2. Allah berfirman :

“Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berqurbanlah”.
(Surah Al-Khauthar: 2)

3. Hadith Nabi S.A.W

“Barangsiapa yang memiliki kemampuan (untuk membeli haiwan qurban), lalu tidak melakukannya (tidak berqurban), maka janganlah mendekati tempat solatKu”. (Hadis Riwayat Ahmad).

Sunday, November 2, 2008

Ibadat KORBAN 2008

Harga satu bahagian ialah RM350.00. Bayaran boleh dibuat selewat-lewatnya pada 1 Disember 2008

Friday, October 31, 2008

Selamat Menunaikan Haji

Admin mengucapkan Selamat menunaikan haji kepada Ikhwan YSNS yang akan berangkat menunaikan ibadah haji tahun ini. Semoga Allah menganugerahkan tuan2/puan2 dengan haji yang mabrur.

Tuesday, October 21, 2008

Jom Pi Tafaqquh

JADUAL TAFAQQUH

SESI 1 (16 - 22 November 2008)
* Pendaftaran 16 November 2008 ( 3.00 - 5.00 petang) - Ahad
* Tarikh Tutup 8 November 2008 - Sabtu

SESI 2 (14 - 20 Disember 2008)
* Pendaftaran 14 Disember 2008 ( 3.00 - 5.00 petang) - Ahad
* Tarikh Tutup 6 Disember 2008 - Sabtu

"Ilmu Yang Bermanfaat Menjamin Kesejahteraan Dunia & Akhirat"

DAFTAR SEGERA : TAFAQQUH FI AL DIN 2008


Sila muatturun pamplet Tafaqquh Fi Al Din 2008 di alamat berikut

Sunday, October 12, 2008

TAHNIAH

Wacana Pemikiran Prof Dr. Sayyid Muhammad
bin Alawi al Maliki Al Hasani telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Masjid Wilayah Persekuatuan. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Y.Bhg Dato' Wan Zahidi Wan Teh, Mufti Wilayah Persekutuan.

Thursday, October 9, 2008

Hebahan

Wacana Pemikiran
Prof Dr. Sayyid Muhammad
bin Alawi al Maliki Al Hasani
Berlangsung di :
Dewan Seminar, Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Pada Ahad, 12 Oktober 2008

Jam 9.00 pagi

Tuesday, October 7, 2008

Sayyid Ahmad bin Muhammad bin Alawi al Maliki

al Allamah Sayyid Ahmad ibn Muhammad ibn 'Alawi ibn Abbas al-Maliki al Hasani merupakan anakanda kepada al Allamah al Muhaddith Prof. Dr. Sayyid Muhammad ibn 'Alawi ibn Abbas al Maliki al Hasani. Beliau mahir di dalam bidang Tafsir Al-Quran dan merupakan pengganti selepas kewafatan ayahandanya.

Jadual Program Bersama Sayyid Ahmad bin Muhammad bin Alawi al Maliki

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi :
* Ustaz Haji Mohd Farid bin Samad : 019 384 2032
* Ustaz Salahuddin bin Azrai : 019 389 7785
* Ustaz Mohd Hanif bin Abd Hamid : 019 663 7785
( Sila SMS nama anda kepada nombor2 di atas untuk urusan booking/reserved - Catat / maklumkan no. Majlis berkenaan )

Monday, September 29, 2008

Selamat Hari Raya Eidul Fitri

Untuk semua Ikhwan YSNS.

Saturday, September 27, 2008

BARU : Pintu-Pintu Pelepasan Bab 2

Karangan Al-Muhaddith Dr. Sayyid Muhammad ibn 'Alawi al Maliki al Hasani r.a. Sila dapatakan daripada En. Amran Ismail.

Friday, September 26, 2008

MAJLIS TAKRIM HUFFAZ AL QURAN

Tarikh : 26 September 2008 ( Juma’at) / 26 Ramadhan 1429H
Masa : Bermula 5.00 petang
Tempat : Kompleks Yayasan Sofa

(Sila layari http://yayasansofa.blogsome.com/ untuk keterangan lanjut)

Saturday, September 13, 2008

Koleksi Foto Pilihan

Friday, September 12, 2008

Abuya Dalam Kenangan


As-Sayyid Muhammad bin Alawi bin Abbas Al-Maliki Al-Hasani

As-Sayyid Muhammad bin Alawi Al-Maliki adalah salah seorang ulamak Islam yang terutama desawarsa ini tanpa ragu lagi, ulamak yang paling dihormati dan dicintai di kota suci Makkah.
Beliau merupakan keturunan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, penghulu Ahlil Bait, Imam Hadis di zaman kita, pemimpin keempat-empat mazhab, ketua rohani yang paling berkaliber, pendakwah ke jalan Allah, seorang yang tidak goyah dengan pegangannya di dunia ilmiah Islam turath. Menziarahi beliau merupakan suatu kemestian kepada para ulamak yang menziarahi Makkah.

Keturunan Sayyid merupakan keturunan mulia yang bersambung secara langsung dengan Junjungan kita Muhammad Sallahu ‘Alaihi Wasallam sendiri. Beliau merupakan waris keluarga Al-Maliki Al-Hasani di Makkah yang masyhur yang merupakan keturunan Rasulullah Sallahu ‘Alaihi Wasallam, melalui cucu Baginda, Imam Al-Hasan bin Ali, Radhiyallahu ‘Anhum.

Oleh muridnya: Fakhruddin Owaisi Al-Madani
Terjemahan : Syed Abdul Kadir Aljoofre

http://yayasansofa.com/y/index.php?as-sayyid-muhammad-bin-alawi-bin-abbas-al-maliki-al-hasani,55

Thursday, September 11, 2008

Hadith Pilihan

Daripada kitab "Melenyapkan Kesusahan Dengan Kasih Sayang dan Amal Kebaikan" karangan Al-Muhaddith Dr. Sayyid Muhammad ibn Alawi al Maliki al Hasani.

Monday, September 8, 2008

KUPON SEDEKAH JARIAH


Untuk Makluman Ikhwan, YSNS telah mengeluarkan kupon bernilai RM2, RM5 & RM10 bagi mengisi dana pembangunan Yayasan. Sila hubungi En. Amran Ismail ditalian 019-3795577 untuk mendapatkannya. Sila hebahkan.

YsofaKL YsofaKL YsofaKL YsofaKL YsofaKL YsofaKL YsofaKL YsofaKL YsofaKL
YsofaKL YsofaKL YsofaKL YsofaKL YsofaKL YsofaKL YsofaKL YsofaKL YsofaKL
YsofaKL YsofaKL YsofaKL YsofaKL YsofaKL YsofaKL YsofaKL YsofaKL YsofaKL
YsofaKL YsofaKL YsofaKL YsofaKL YsofaKL YsofaKL YsofaKL YsofaKL YsofaKL

Yayasan Sofa KL Yayasan Sofa KL Yayasan Sofa KL Yayasan Sofa KL Yayasan Sofa KL Yayasan Sofa KL Yayasan Sofa KL Yayasan Sofa KL Yayasan Sofa KL Yayasan Sofa KL Yayasan Sofa KL Yayasan Sofa KL Yayasan Sofa KL Yayasan Sofa KL Yayasan Sofa KL Yayasan Sofa KL Yayasan Sofa KL Yayasan Sofa KL

Monday, September 1, 2008

Kelebihan RAMADHAN

Rasulullah s.a.w bersabda: "Dikurniakan kepada umatku pada bulan Ramadhan, lima perkara yang tidak dikurniakan kepada seorang nabi pun sebelumku. Pertama, apabila awal malam bulan Ramadhan, Allah memandang kepada mereka. Sesiapa yang Allah memandang kepadanya, maka dia tidak akan diazab selama-lamanya. Kedua, bau mulut orang yang berpuasa, ketika petang lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi. Ketiga, para malaikat mengucapkan istighfar bagi mereka pada setiap hari dan malam Ramadhan. Keempat, Allah memerintahkan syurgaNya dengan firmanNya, "Bersiap sedia dan berhiaslah untuk hamba-hambaKu. Hampir-hampirlah mereka akan berehat daripada kepenatan dunia dan berpindah ke negeri dan kemuliaanKu. Kelima, apabila akhir malam Ramadhan, diampunkan bagi mereka semua." Bertanya seorang lelaki dari satu kaum, "Adakah ia lailatul Qadar? Sabda Baginda s.a.w, "Tidak. Adakah kamu tidak pernah melihat pekerja yang melakukan suatu pekerjaan. Apabila mereka selesai daripada pekerjaan mereka, maka disempurnakan ganjaran mereka."

Hadith riwayat al Baihaqi.

Jadual Pengajian


Friday, August 29, 2008

Selamat Menyambut Ramadan Al Mubarak


MAKLUMAN : Haul Saidatina Khadijah Al Kubra

Majlis Haul Saidatina Khadijah Al Kubra akan diadakan pada Ahad, 31 Ogos 2008 betempat di Madrasah Bukit Sembilan, Rembau, N.S.

Majlis akan dimulakan selepas Asar.

Terima kasih.

Thursday, August 28, 2008

MAKLUMAN - Solat Tarawikh

Assalamualaikum..

Sempena Ramadhan Al-Mubarrak ini, sesiapa dikalangan ikhwan yang berhajat untuk menjemput Sheikh/anak-anak tahfiz/ikhwan untuk mengadakan solat Tarawikh di rumah sila hubungi Pn. Hawa di talian 012-2106671 untuk susunan jadual program. Sila maklumkan sebelum atau pada 29 Ogos 2008.

Sekian, Terima kasih.

Wednesday, August 20, 2008

Buku Rujukan Pengajian (Ramadan)


Kitab Tazkirah Ramadhan oleh Al-Faqir Ila Allah Al-Qawiy Muhammad Fuad bin Kamaludin Al-Maliki


Kemaskini Rekod Ikhwan

Assalamualaikum...

Tuan-tuan & Puan-puan yang dirahmati Allah, untuk makluman Jawatankuasa Kerja Ikhwan KL (JKI-KL) sedang dalam usaha mengemaskini rekod ahli YSNS yang bermastautin di KL & Selangor. Jika terdapat perubahan sila maklumkan JKI-KL dengan mengisi "Online Form" dibawah.

Untuk makluman, "Online Form" juga boleh digunakan untuk tuan-tuan/puan-puan mengemukakan sebarang cadangan, pertanyaan atau menyampaikan maklumat kepada JKI-KL. Terima kasih. MH

Sunday, August 10, 2008

Majlis Sambutan Nisfu Shaaban


“Sesungguhnya matahari dan bulan tidak akan mengalami gerhana kerana kematian seseorang. Justeru, sekiranya kamu melihat keduanya (gerhana matahari dan bulan), maka dirikanlah solat dan berdoalah sehingga dihapuskan apa yang kamu hadapi.”

TEMPAT: Madrasah al Hasaniah, Kompleks Yayasan Sofa, Bukit Sembilan, Kota, Negeri Sembilan.
TARIKH:
17 Ogos 2008 M / 15 Sya’ban 1429 H (Ahad)
WAKTU: 3.00 Pagi – 7.30 Pagi

Semua dijemput hadir