Tuesday, March 30, 2010

Kedudukan nabi di sisi Islam

Utusan Malaysia, 30 Mac 2010
Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN

SESUNGGUHNYA Allah SWT telah memuliakan Islam dan menjadikan umatnya sebagai sebaik-baik umat. Nabinya adalah sebaik-baik nabi dan risalah dakwah yang disampaikan oleh baginda adalah sebaik-baik risalah.

Di antara ciri-ciri keistimewaan Islam adalah ia merupakan agama yang memelihara dan sentiasa sensitif terhadap perkara-perkara yang suci di sisi agama.

Barangkali pada kaca mata musuh Islam ia merupakan suatu ketaksuban terhadap sebuah pegangan atau anutan. Namun, di sisi Islam itu merupakan intipati keutuhan agama yang kekal diamalkan sejak lebih 1,400 tahun lalu.

Artikel Penuh

Monday, March 29, 2010

Kuliah Khas Syeikh Abdal Hakim Murad di Masjid Darul Ehsan

Syeikh Abdal Hakim merupakan Profesor dan Imam di Universiti Cambridge, UK. Beliau telah meluangkan masa beliau menyampaikan Kuliah Khas di Masjid Darul Ehsan selepas solat maghrib pada 29 Mac 2010.

Artikel KOSMO : Rumah Tamu Klasik


KEINDAHAN seni bina dan ukiran Sofa Inn telah menarik beberapa tetamu ternama.

Friday, March 26, 2010

Qasidah

Program Bersama Habib Achmad Umar Husin dari Yaman


Lawatan Habib Achmad Umar Husin dari Yaman
(anak murid Habib Abu bakar Adni al Mahsyur)
26 Mac 2010 (Jumaat)
Masjid Darul Ehsan, Taman TAR, Selangor

Wednesday, March 24, 2010

Rasulullah SAW di mata sahabat

Utusan Malaysia, 23 Mac 2010
PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN

PADA minggu sebelum ini, kami membicarakan serba ringkas mengenai tuntutan memuliakan Rasulullah SAW dan perbezaan di antara maksud menyembah dan membesarkan Rasulullah SAW.

Menyambung tajuk tersebut, pada kali ini kami tidak berhasrat untuk mengemukakan dalil-dalil selanjutnya. Melihat kepada ruangan yang agak terhad kami ingin mengajak pembaca melihat bagaimana kuat dan tingginya kecenderungan para sahabat memuliakan dan mengagungkan Rasulullah SAW.

Ini adalah jalan yang paling mudah untuk kita melihat dan mengetahui cara yang sepatutnya kita menyanjung Rasulullah SAW dan bagaimana seharusnya kita meletakkan pandangan dan ikatan hati kita terhadap Baginda SAW.

Artikel Penuh

Monday, March 22, 2010

Lawatan Habib Achmad Umar Husin dari Yaman

Lawatan Habib Achmad Umar Husin dari Yaman (anak murid Habib Abu bakar Adni al Mahsyur)

Tentatif Program :

25 Mac 2010 (Khamis)
Kompleks Yayasan Sofa Negeri Sembilan, Rembau

26 Mac 2010 (Jumaat)
Masjid Darul Ehsan, Taman TAR, Selangor

Program selepas maghrib

MUSLIMIN & MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR

* CV Habib Achmad

Monday, March 15, 2010

Jangan abai hak Rasulullah

Utusan Malaysia, 15 Mac 2010
Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN

SUDAH menjadi agenda terpenting dalam setiap majlis Maulid Nabi SAW, ucapan selawat dan memuji Baginda dialunkan dan dikumandangkan. Selain mendapatkan pahala dan keberkatan, majlis ini juga berperanan mendekatkan umat Islam kepada nabi mereka dalam rangka mengingatkan umat Islam tentang ketinggian dan keluhuran agama Islam yang dibawa Baginda SAW.


SENARIO begini lumrah kelihatan acap kali tiba hari keputeraan junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
--------------------------------------------------------------------------------

Namun, dalam kerancakan penganjuran maulid, dalam keindahan suasana keistimewaan dan ketinggian Rasulullah SAW dihayati dan dimartabatkan, ada terdengar suara-suara sumbang yang menempelak majlis seperti ini kerana dikatakan mengandungi unsur ghuluw (pelampauan) dalam memuji Baginda SAW.

Setakat manakah kebenaran dakwaan mereka ini? Jika memuji Nabi SAW dikatakan boleh membawa kepada perbuatan menyamatarafkan kedudukan Baginda SAW dengan Allah SWT, bagaimanakah pula dengan pujian dan sanjungan tinggi menjulang yang diberikan kepada manusia-manusia lain yang jauh lebih rendah kedudukannya daripada Nabi Muhammad?

Artikel Penuh

Monday, March 8, 2010

Rasulullah manusia istimewa

Utusan, 8 Mac 2010
Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA NEGERI SEMBILAN

SELAKU umat Islam, kita meyakini dan mempercayai bahawa Nabi Muhammad SAW ialah manusia yang harus berlaku ke atas Nabi SAW apa yang harus ke atas manusia yang lain.

Ia seperti mengalami hal-hal yang mendatang dan ditimpa penyakit yang tidak mengurangi kewibawaan baginda SAW sebagai seorang nabi dan tidak menyebabkan orang menjauhkan diri daripadanya.

Nabi Muhammad SAW juga adalah seorang hamba Allah SWT yang tidak memiliki kekuasaan pada dirinya untuk menolak sebarang kemudaratan atau mendatangkan manfaat, memati atau menghidupkan atau membangkitkan, kecuali apa yang dikehendaki oleh Allah SWT.

Allah SWT berfirman: Katakanlah, "Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah. Dan kalau aku mengetahui (perkara-perkara) yang ghaib, tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya benda-benda yang mendatangkan faedah dan (tentulah) aku tidak ditimpa kesusahan. Aku ini tidak lain hanyalah (Pesuruh Allah) yang memberi amaran (bagi orang-orang yang ingkar) dan membawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman. (al-A'raf: 188)

Artikel Penuh

Sunday, March 7, 2010

Mengapa Mempertikaikan Maulid?

Artikel Penuh
Oleh SHEIKH MUHAMMAD FUAD KAMALUDIN AL-MALIKI

Alhamdulillah. Setinggi pujian kita rafa`kan ke hadrat Allah Rabbul Jalil di atas limpahan nikmatnya kita dipertemukan dan dapat melalui hari-hari bulan Rabi` al-Awwal tahun ini yang menyuburkan ingatan dan ikatan kasih kita dengan kekasihNya, Nabi kita, Sayyiduna Muhammad SAW. Nampaknya sambutan umat Islam di serata pelusuk dunia terhadap hari dan bulan kelahiran Nabi SAW tetap segar dan bersemangat.

Di negara kita sendiri, pelbagai bentuk sambutan yang diadakan di pelbagai peringkat mendapat sokongan dengan kehadiran begitu ramai anggota masyarakat. Masih banyak lagi majlis yang dijadualkan dalam masa terdekat sehingga mungkin melimpah keluar bulan Rabi` al-Awwal. Semua ini adalah suatu nikmat dan kurniaan istimewa daripada Allah SWT bagi umat dan negara kita. Kita berdoa agar umat Islam di Malaysia akan sentiasa terkedepan dalam mengagungkan, menyanjung, mempertahankan dan membuktikan kecintaan kita terhadap Sayyiduna Muhammad SAW yang semuanya merupakan inti dan hakikat sambutan Maulid Nabi.

Artikel Penuh

STIAS - Sekolah Pondok Moden

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR
KOSMO

SEWAKTU di sekolah rendah, Mohd. Zulfiqar Abas sama seperti pelajar seusianya sering cuai dalam menunaikan kewajipan solat lima waktu yang difardukan ke atas umat Islam.

Meskipun telah diberitahu dan dididik oleh ibu bapa mengenai kepentingan mengerjakan solat, perkara itu dianggap seperti masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

Namun, semua tabiat buruk itu berjaya diubah sejak Zulfiqar melanjutkan pelajaran ke sebuah sekolah menengah aliran agama di Maahad At-Taufiqi, Rembau pada 2005.

SESI menghafaz di hadapan guru yang disebut sebagai mempelajari ilmu talaqqi.

Berlandaskan kaedah pembelajaran secara tradisional yang diwarisi sebagai pusaka salafussoleh yang diterapkan oleh pihak sekolah, selepas lima tahun Zulfiqar berjaya menjadi salah seorang pelajar cemerlang di sana.

"Corak pembelajaran di sini mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Guru-guru sering menanamkan sifat mahabbah atau berkasih sayang sesama insan. Malah, mereka juga memberi nasihat secara berhikmah.

Artikel Penuh

Monday, March 1, 2010

Mengapa Sambut Maulid Nabi

Utusan Malaysia 1 Mac 2010
Susunan Panel PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN

Kita sekarang berada di tengah-tengah kehangatan dan keharuman hari-hari memperingati kelahiran junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW bagi tahun Hijrah 1431.

Alhamdulillah, sebenarnya, sekelumit manapun ingatan dan perasaan kasih terhadap Nabi SAW yang dicampakkan oleh Allah SWT dalam hati kita, ia adalah kurniaan istimewa dan amat bermakna dari-Nya kepada kita. Jika di hari-hari dalam bulan Rabiulawal ini ingatan dan kerinduan kita terhadap Nabi SAW lebih terasa oleh sebab pelbagai acara dan majlis yang giat diatur dan dianjur maka itu sebenarnya suatu kelebihan dan nikmat yang sudah kena pada tempatnya.




Namun, sudah menjadi lumrah alam, setiap yang baik dan bermanfaat itu tetap akan ada lawan dan tentangannya sama ada secara zahir dan terbuka atau secara tersembunyi seperti bisikan nafsu dan iblis dalam diri kita, yang saban masa cuba menghalang kita daripada mendekati amal soleh dan kebajikan.

Begitulah juga hakikatnya dengan amalan dan kebiasaan yang tersebar luas di kalangan umat Islam serata alam meraikan Maulid Nabi kita Muhammad SAW. Kemeriahan dan keriangan yang rata-rata dirasai majoriti Umat sedikit-sebanyak terganggu dengan suara-suara yang mempertikaikan dan mempermasalahkan sambutan Maulid Nabi SAW ini.

Menginsafi situasi ini, Relung Cahaya kali ini mengajak kita menjawab semula suatu soalan yang sepatutnya sudah terang dan nyata bagi setiap fitrah yang sejahtera. Kenapa dan mengapakah kita menyambut Maulid Nabi SAW?

Artikel Penuh