Sunday, August 16, 2009

KHUTBAH RASULULLAH S.A.W PADA HARI TERAKHIR SYA'BAN

Rasulullah s.a.w berkhutbah pada hari terakhir bulan Sya'ban sebagaimana sabdanya:

"Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya telah menghampiri kalian, bulan yang agung, bulan yang diberkati dan bulan yang terdapat padanya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan (Lailatul Qadar). Allah menjadikan puasa pada bulan terse but suatu kefardhuan dan solat pad a malamnya suatu perkara yang disunatkan. Sesiapa yang mendekatkan dirinya kepada Allah pada bulan tersebut dengan satu jenis kebaikan, maka dia seolah-olah menunaikan satu kefardhuan pada bulan yang lain. Sesiapa yang menunaikan satu kefardhuan pada bulan terse but, maka dia seolah-olah menunaikan 70 kefardhuan pada bulan yang lain. la merupakan bulan kesabaran dan kesabaran dibalas dengan ganjaran syurga, bulan melakukan kebaikan dan bulan bertambahnya rezeki bagi orang yang beriman. Sesiapa yang menjamu orang yang berbuka puasa pada bulan tersebut, akan dikurniakan keampunan, dikurniakan pembebasan dari neraka dan mendapat pahala sepertimana pahala orang yang berpuasa tersebut tanpa dikurangkan sedikit pun dari balasannya."

Sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah! Tidak semua daripada kami mempunyai sesuatu untuk dihidangkan kepada orang yang berbuka puasa?" Maka Rasulullah s.a.w bersabda,

"Allah juga mengurniakan pahala ini bagi orang yang menjamu orang yang berbuka puasa dengan sebiji tamar, atau seteguk air, atau sekali hisapan susu. Bulan ini, awalnya ialah rahmat, pertengahannya ialah maghfirah dan penghujungnya ialah pembebasan dari neraka. Maka sesiapa yang meringankan kerja pekerjanya pada bulan ini, nescaya Allah mengampunkan dosanya dan membebaskannya dari neraka. Hendaklah kalian memperbanyakkan pada bulan ini empat perkara: Dua perkara yang menyebabkan Tuhan kalian meredhai kalian dan dua perkara yang kalian amat perlukan. Dua perkara yang menyebabkan Tuhan kalian meredhai kalian ialah penyaksian bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan sentiasa memohon keampunanNya. Manakala dua perkara yang kalian perlukan ialah kalian memohon syurga kepada Allah dan berlindung denganNya dari neraka. Sesiapa yang mengenyangkan orang yang berpuasa, nescaya Allah memberikan kepadanya dari telagaku minuman yang tidak akan menghauskan sehinggalah dia memasuki syurga.” Hadith riwayat Ibnu Khuzaimah, al Baihaqi dan Abu al Syeikh Ibnu Hayyan.

KELEBIHAN RAMADHAN

Diriwayatkan oleh Imam al Baihaqi, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
"Dikurniakan kepada umatku pada bulan Ramadhan, lima perkara yang tidak dikurniakan kepada seorang nabi pun sebelumku. Pertama, apabila awal malam bulan Ramadhan, Allah memandang kepada mereka. Sesiapa yang Allah memandang kepadanya, maka dia tidak akan diazab selama-tamanya. Kedua, bau mulut orang yang berpuasa, ketika petang lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi. Ketiga, para malaikat mengucapkan istighfar bagi mereka pada setiap siang dan malam Ramadhan. Keempat, Allah memerintahkan syurgaNya dengan firmanNya, "Bersiap sedia dan berhiaslah untuk hamba-hambaKu. Hampir-hampirlah mereka akan berehat daripada kepenatan dunia dan berpindah ke negeri dan kemuliaanKu. Kelima, apabila akhir malam Ramadhan, diampunkan bagi mereka semua." Bertanya seorang lelaki dari satu kaum, "Adakah ia Lailatul Qadar? Sabda Baginda s.a.w, "Tidak. Adakah kamu tidak pernah melihat pekerja yang melakukan suatu pekerjaan. Apabila mereka selesai daripada pekerjaan mereka, maka disempurnakan ganjaran mereka." Hadith riwayat al Baihaqi.

No comments: