Tuesday, September 14, 2010

Memuliakan 100 huffaz (Ihtifal Takrim Huffaz Al Quran 1431H)

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR
khadijah.mohamadnor@kosmo.com.my

Menyedari kepentingan golongan huffaz Quran itu, Yayasan Sofa Negeri Sembilan (YSNS) terpanggil untuk menyahut saranan itu yang merupakan amalan para ulama terdahulu.

Justeru, sejak tahun 2008, YSNS mewujudkan Program Ihtifal Takrim Huffaz al-Quran (Takrim al-Huffaz) yang dicetuskan oleh Penasihat YSNS, Sheikh Muhammad Fuad Kamaludin al-Maliki.

YSNS mengumpulkan 100 huffaz untuk menerima sumbangan wang tunai dan kitab di Chengkau, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Menurut Sheikh Muhammad Fuad, 36, objektif penganjuran Takrim al-Huffaz itu bertujuan untuk memuliakan penghafaz al-Quran dan mengajak umat Islam meletakkan mereka di tempat yang tinggi dalam masyarakat.

Di samping itu, ia menjadi pendorong kepada para pelajar dan huffaz supaya lebih bersungguh-sungguh menghafaz dan menjaga hafalan mereka.

“Melalui program Takrim al-Huffaz ini, YSNS sentiasa memberi pengiktirafan kepada para penghafal al-Quran dengan niat untuk membesarkan keagungan Allah kerana mereka merupakan syiar agama Islam.

“Malah, kami berharap golongan ini akan mengambil peranan sebagai pemegang amanah Allah sekali gus mampu menjadi penggerak kepada tajdid umat Islam yang berlandaskan acuan Ahli Sunnah Wal Jamaah,” kata beliau ketika ditemui pada majlis Takrim al-Huffaz di Kompleks YSNS, Chengkau, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Artikel KOSMO

Tuesday, September 7, 2010

Bagaimana sahabat mengagungkan Nabi

Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN
Utusan Malaysia, 7 September 2010

".... hari ini ada segelintir golongan yang mempertikaikan perbuatan menta'zhim orang yang memang patut dimuliakan termasuklah junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW.

Ada yang menyalahkan perbuatan memakaikan gelaran Saiduna kepada baginda SAW, meremehkan perbuatan memuliakan keturunan baginda SAW mahupun para ulama pewaris hakiki baginda, sambutan maulid dan seumpamanya.

Sedangkan tiada siapa yang mengingkari bahawa jika ada di kalangan makhluk Allah SWT yang paling patut diagungkan dan disanjung maka Nabilah makhluk tersebut."


Artikel Penuh

Wednesday, September 1, 2010

Usah campur aduk ta'zhim, penyembahan

Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN
Utusan Malaysia, 31 Ogos 2010

Menjauhi permusuhan dan perpecahan sesama Islam adalah ibadah dan kewajipan yang utama. Ia harus direbut oleh setiap umat Islam tanpa mengira bulan, zaman atau tempat.

Dalam siri kali ini, sesudah menyentuh beberapa premis asas yang menjadi sebab salah-faham dalam memahami bahasa wahyu, pengarang terjun langsung menangani salah satu isu utama yang boleh menjadi punca pertikaian iaitu beza antara perbuatan ta'zhim (mengagungkan) dan menyembah.

Ramai salah faham tentang hakikat ta'zhim (mengagungkan atau membesarkan) dan hakikat ibadah (penyembahan). Mereka dengan jelas telah mencampuradukkan antara kedua-duanya dan menganggap apa jua bentuk ta'zhim adalah suatu penyembahan kepada yang diagungkan.

Artikel Penuh

Wednesday, August 25, 2010

Bahasa dan kekeliruan fahaman

Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN
Utusan Malaysia, 24 Ogos 2010

Dalam memahami agama, kita tidak dapat mengelak daripada berurusan dengan bahasa sebagai perantaraan menyampaikan makna.

Kadang-kadang suatu istilah atau ungkapan boleh membawa lebih daripada satu makna. Memilih makna yang salah akan membawa salah faham dalam agama.

Inilah tabiat semula jadi bahasa-bahasa dunia termasuklah Bahasa Arab sebagai bahasa utama Islam.

Tuesday, August 17, 2010

Memahami khususiat Nabi SAW

Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN
Utusan Malaysia, 17 Ogos 2010

Ramai manusia yang tersilap dalam memahami beberapa perkara yang menjadi persamaan di antara hak Khaliq dan hak makhluk. Mereka menyangka bahawa dengan menisbahkan atau menyandarkan hak Allah kepada makhluk merupakan perbuatan syirik.

Mereka menganggap bahawa menyifatkan Nabi SAW dengan sifat-sifat istimewa yang dikurniakan oleh Allah tersebut bermakna menisbahkan Baginda SAW dengan sifat-sifat ketuhanan.

Artikel Penuh

Tuesday, August 10, 2010

Memahami status Nabi SAW

Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN
Utusan Malaysia, 10 Ogos 2010

"Kita faham bahawa status Nabi SAW sebagai makhluk dan hamba. Malah Sifat ubudiyyah (perhambaan) adalah semulia-mulia sifat Baginda SAW. Oleh kerana itu, Baginda SAW sendiri berbangga dengannya sebagaimana sabdanya: "Sesungguhnya aku hanyalah seorang hamba Allah."

Allah SWT telah menyifatkan Baginda SAW sebagai hamba-Nya, pada setinggi-tinggi maqam (ketika Allah menceritakan anugerah Israk kepada Baginda SAW) sebagaimana firman-Nya: Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya… (Al Israa': 1) Begitu juga firman Allah: Dan sesungguhnya tatkala hamba Allah (Nabi Muhammad SAW) berdiri mengerjakan ibadat kepada-Nya, mereka (golongan Jin) hampir-hampir menindih satu sama lain mengerumuninya. (al-Jin: 19)"

Artikel Penuh

Tuesday, August 3, 2010

Perbezaan maqam Khaliq dan makhluk

Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN
Utusan Malaysia, 3 Ogos 2010

"Lantas, mereka secara terburu-buru menghukum kafir orang yang membicarakan keistimewaan dan kelebihan Rasulullah SAW kerana menganggap golongan yang melakukan perbuatan sedemikian telah mencampuradukkan antara maqam Khaliq dan makhluk dan mengangkat darjat Nabi SAW sama tarafnya dengan darjat Tuhan SWT! Sesungguhnya kami berlepas diri daripada anggapan sedemikian.



Sesungguhnya kami dengan kurniaan Allah, mengetahui apa yang wajib bagi Allah SWT dan apa yang wajib bagi Rasul-Nya SAW. Kami juga mengetahui apa yang hanya menjadi hak Allah SWT dan apa yang menjadi hak Rasulullah SAW, tanpa melampaui batas dan berlebih-lebihan hingga sampai mensifatkannya dengan sifat-sifat ketuhanan yang khusus bagi Allah; baik sebagai Tuhan yang disembah (ilah), mahupun sebagai Tuhan yang mengurus alam ini (rabb). Misalnya, sifat menghalang, mengurniakan, memberi manfaat dan kemudaratan secara sendiri bukan dengan kekuasaan Allah. Kita tidak mensifatkan Rasulullah SAW sebagai Zat yang Maha Berkuasa, Maha Kuat, Maha Menciptakan, Raja Yang Maha Kuasa, Yang Maha Mentadbir Alam, Yang Maha Agung, Yang Maha Berhak disucikan dan disembah dengan pelbagai cara ibadah, dalam pelbagai keadaan dan tingkatan."

Artikel Penuh