Tuesday, November 2, 2010

Tasawuf dan Syariat

Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA NEGERI SEMBILAN
Utusan Malaysia, 2 November 2010

Aliran yang paling banyak dituduh dengan amalan bid`ah adalah aliran tasawwuf sehingga ia teraniaya, ditohmah dan dipandang serong. Hanya segelintir manusia yang memandangnya dengan betul dan benar. Manakala sebahagian besar ahli masyarakat melabelkan tasawwuf dan sufi dengan sifat-sifat yang tercela dan keji sehingga menjatuhkan hak penyaksian dan keadilan seseorang ahli tasawwuf. Mereka sampai berkata: “Si fulan tidak boleh dipercayai dan tidak boleh diterima khabarnya. Kenapa? Kerana dia adalah seorang Sufi!”

Namun demikian, apa yang menghairankan, orang-orang yang begitu lancang mencaci tasawwuf dan menentang ahli sufi ini pula, kerap mengutip kata-kata dan perbuatan ahli sufi untuk dijadikan bahan teks ucapan dan pengajaran mereka di atas mimbar-mimbar Jumaat dan kerusi-kerusi pengajian. Mereka seolah-olah tidak berasa malu dan segan meminjam kata-kata imam-imam sufi ini untuk digunapakai dalam khutbah-khutbah dan majlis-majlis pengajian mereka. Kita seringkali mendengar mereka mengucapkan: Telah berkata al Fudhail ibn ‘Iyadh RH, telah berkata Junaid al Baghdadi RH, telah berkata Hasan al Basri RH, telah berkata Sahl al Tasturi RH, telah berkata al Muhasibi RH, telah berkata Bisyr al Hafi RH dan sebagainya.

Artikel Penuh

No comments: