Tuesday, November 30, 2010

KOSMO : Generasi Celik Al-Quran

Kefahaman Tentang Tawassul

Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA NEGERI SEMBILAN
Utusan Malaysia, 30 November 2010

Tidak seorang pun dari kalangan kaum Muslimin yang berselisih pendapat mengenai pensyariatan tawassul kepada Allah melalui amalan-amalan soleh. Maka orang yang berpuasa, mengerjakan solat, membaca al Quran atau pun bersedekah, mereka bertawassul dengan amalan puasa, solat, bacaan al Quran dan sedekah yang mereka lakukan. Bahkan, ia adalah amalan yang paling diharapkan untuk termaqbulnya suatu hajat dan sebesar-besar amalan untuk tercapainya apa yang dihajati, tanpa diperselisihkan oleh mana-mana pihak.

Dalilnya, ialah hadith mengenai tiga orang pemuda yang terperangkap di dalam gua. Salah seorang daripada mereka bertawassul dengan kebajikan yang dilakukan kepada kedua ibu bapanya. Pemuda yang kedua, bertawassul dengan perbuatannya menjauhi perbuatan yang keji yang mampu dilakukannya pada waktu tersebut. Manakala pemuda yang ketiga, bertawassul dengan sifat amanah dan penjagaannya terhadap harta orang lain serta kejayaannya menunaikan tanggungjawab tersebut dengan sempurna. Maka Allah melepaskan mereka daripada kesusahan yang mereka hadapi.

Artikel Penuh

Tuesday, November 23, 2010

HAKIKAT-HAKIKAT YANG TIDAK SEPATUTNYA DIKAJI

Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA NEGERI SEMBILAN
Utusan Malaysia, 23 November 2010

Sepatutnya, seperti tajuk kita minggu ini, tidak semua polemik yang timbul dikalangan ulama’ mengenai pelbagai masalah agama dan aqidah, dibebankan oleh Allah SWT ke atas kita untuk membahaskannya. Bahkan, kita berpendapat, bahawa polemik ini hanya akan melenyapkan kehebatan dan keagungan perkara tersebut. Misalnya perselisihan ulama’ mengenai Nabi Muhammad SAW melihat Allah dan caranya.

Perselisihan yang panjang lebar sentiasa berlegar di kalangan mereka mengenai permasalahan ini. Ada ulama’ yang berpendapat, bahawa Nabi Muhammad SAW melihat Allah SWT dengan hatinya. Sementara ulama’ lain berpendapat, Nabi Muhammad SAW melihatNya dengan kedua-dua belah matanya. Masing-masing mengemukakan dalil mereka dan menguatkan hujjah mereka dengan sesuatu yang tidak mendatangkan faedah. Apa yang saya lihat, semua yang mereka lakukan itu adalah sia-sia dan tidak mendatangkan faedah. Bahkan, kemudharatannya adalah lebih besar daripada manfa’atnya. Apatah lagi jika kandungan polemik itu didengari oleh umat Islam awam. Tidak mustahil, jika mereka mendengar dan mengetahui hal-hal yang diperdebatkan itu, pasti akan timbul keraguan dalam hati mereka.


Artikel Penuh

Friday, November 19, 2010

Monday, November 15, 2010

HAKIKAT ASYA’IRAH

Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA NEGERI SEMBILAN
Utusan Malaysia, 16 November 2010

........ masih ramai umat Islam tidak mengetahui tentang mazhab Asya’irah. Mereka tidak mengenali siapakah yang dimaksudkan dengan al Asya’irah dan method mereka di dalam bidang aqidah. Lantaran itu, sebahagian daripada mereka tidak berhati-hati meletakkan Asya’irah di dalam kesesatan dan melemparkan tuduhan bahawa Asya’irah telah terkeluar daripada agama Islam dan tergolong di dalam golongan mulhid (terpesong dari kebenaran) di dalam menghuraikan sifat-sifat Allah.

Kejahilan inilah yang menyebabkan berlakunya perpecahan terhadap kesatuan Ahli Sunnah dan merobek kesatuan umat Islam sehingga sebahagian orang-orang jahil menganggap golongan Asya’irah tergolong di dalam golongan yang sesat. Saya tidak tahu, bagaimana mereka menyamakan di antara golongan yang beriman dengan golongan yang sesat, dan bagaimana mereka boleh menyamakan di antara golongan ahli Sunnah dengan pelampau Muktazilah yang merupakan golongan Jahmiyyah? (pengikut Jaham ibn Sofwan yang berasal dari Khurasan. Mazhabnya dikenali dengan Jabariah yang berpendapat tidak ada ikhtiar bagi makhluk.)

Artikel Penuh

Friday, November 12, 2010

JUALAN AMAL


Tuesday, November 9, 2010

Sikap Tasawuf Terhadap Syariat

Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA NEGERI SEMBILAN
Utusan Malaysia, 9 November 2010

Telah berkata Abu Sulaiman Abdur Rahman ibn ‘Atiyyah al Darani RH (wafat 215H): “Barangkali telah jatuh ke atas hatiku satu ilham daripada ilham-ilham ahli sufi semenjak beberapa hari, tetapi aku tidak menerimanya semata-mata melainkan setelah disaksikan oleh dua saksi yang adil iaitu Kitab dan Sunnah.”( Al-Sulami, Tobaqat al Sufiyyah H: 76)

Abu Hasan Ahmad ibn Abu al Hawari RH (wafat 230H) berkata: “Sesiapa yang beramal dengan suatu amalan tanpa mengikut Sunnah Rasulullah SAW, maka ia adalah batil.” (Al-Sulami, Tobaqat H: 92) Abu Hafs Umar ibn Maslamah al Haddad (w. 260H) pula berkata: “Sesiapa yang tidak mempertimbangkan perbuatannya pada setiap waktu dengan timbangan Kitab dan Sunnah, dan tidak merasa syak terhadap lintasan-lintasan hatinya, maka dia tidak termasuk di dalam Dewan al Rijal (wali-wali Allah).” (Risalah al Qusyairiyyah H: 406, Madarij al-Salikin H: 325)

Artikel Penuh

Tuesday, November 2, 2010

VIDEO CLIP : Darul Quran Wal Hadith

Tasawuf dan Syariat

Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA NEGERI SEMBILAN
Utusan Malaysia, 2 November 2010

Aliran yang paling banyak dituduh dengan amalan bid`ah adalah aliran tasawwuf sehingga ia teraniaya, ditohmah dan dipandang serong. Hanya segelintir manusia yang memandangnya dengan betul dan benar. Manakala sebahagian besar ahli masyarakat melabelkan tasawwuf dan sufi dengan sifat-sifat yang tercela dan keji sehingga menjatuhkan hak penyaksian dan keadilan seseorang ahli tasawwuf. Mereka sampai berkata: “Si fulan tidak boleh dipercayai dan tidak boleh diterima khabarnya. Kenapa? Kerana dia adalah seorang Sufi!”

Namun demikian, apa yang menghairankan, orang-orang yang begitu lancang mencaci tasawwuf dan menentang ahli sufi ini pula, kerap mengutip kata-kata dan perbuatan ahli sufi untuk dijadikan bahan teks ucapan dan pengajaran mereka di atas mimbar-mimbar Jumaat dan kerusi-kerusi pengajian. Mereka seolah-olah tidak berasa malu dan segan meminjam kata-kata imam-imam sufi ini untuk digunapakai dalam khutbah-khutbah dan majlis-majlis pengajian mereka. Kita seringkali mendengar mereka mengucapkan: Telah berkata al Fudhail ibn ‘Iyadh RH, telah berkata Junaid al Baghdadi RH, telah berkata Hasan al Basri RH, telah berkata Sahl al Tasturi RH, telah berkata al Muhasibi RH, telah berkata Bisyr al Hafi RH dan sebagainya.

Artikel Penuh

Monday, November 1, 2010

PENGENALAN : DAR AL QURAN WAL HADITH

Dar al Quran dan al Hadith merupakan sebuah pusat pendidikan yang menjadikan hafazan Al Quran dan hadith Nabawiyyah sebagai mata pelajaran teras.

Para pelajar akan turut diajar dengan ilmu-ilmu Diniyyah dan Bahasa Arab berdasarkan sukatan pelajaran beberapa maahad yang yang terdapat di negara Timur Tengah seperti Makkah, Yaman, Syria dan Mesir yang telah sekian lama mengaplikasikan kaedah ini dalam pengajian mereka.

Tanpa meminggirkan mata pelajaran akademik, sekolah ini juga menyediakan peperiksaan SPM dan STAM sebagai persediaan bagi para pelajar melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi.

Syarat Kemasukan

1. Lelaki
2. Berumur 13 tahun
3. Mendapat 4A atau 5A dalam peperiksaan UPSR
4. Boleh membaca al Quran dan menulis jawi dan berminat dalam menghafaz Hadith